Kisah Seorang Peniaga Nasi Lemak DIHINA Kakaknya Yang Kerja Kerajaan. Apa Sudahnya?
Dengan tekanan ekonomi yang semakin sendat, kiri kanan depan belakang semuanya nak duit, golongan berpendapatan rendah terpaksa buat 2,3 kerja sehari. Ada yang siang kerja makan gaji, malamnya kerja jaga. Tidak dapat tidur yang cukup. Badan jadi kurus kering, mata cengkung macam penagih dadah. Ada pula yang siang kerja kerani, malam bawa teksi. Dan ramai pula yang ambil langkah cari duit tambahan dengan berniaga. Semuanya hendak membebaskan diri dari kemelut ekonomi yang menggerunkan sekarang ini. Apapun setiap orang wajar menghargai setiap usaha mencari rezeki yang halal. Tidak elok mengata menghina. Setiap orang ada hak untuk memilih jalan hidupnya sendiri terutama dalam soal pekerjaan mencari nafkah kehidupan. Ikuti kisah menarik seorang insan yang dipandang hina oleh keluarga sendiri - hanya kerana dia berniaga nasi lemak di tepi jalan. Ikuti luahan hatinya.. Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah rm2.8k se...