Cerita Benar - Wanita Mengahwini Lima Lelaki
Pak Lang paparkan kejadian benar di India - Wanita bersuami lima beradik . Ini hanya untuk iktibar betapa rosaknya manusia jika akal dan nafsu dituruti. ....Anaknya ada 5 ayah!!! Untuk lihat sumber asal paparan ini: SILA KLIK DI SINI India – Seorang pengantin perempuan untuk lima pengantin lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik. Namun bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya. Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu.Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran. Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu. “Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya. “Kami tida...