Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SENIMAN MUSTAFA MAAROF

Seniman Mustapha Maarof Dalam Kenangan

Imej
Hero filem Melayu klasik, Mustapha Maarof meninggal dunia SENIMAN filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi tadi. - Foto fail NSTP/Zunnur Al Shafiq KUALA LUMPUR: Seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, jam 8.38 pagi tadi. Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru. Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang yang dijangka selepas Zuhur. Suami kepada Allahyarhamah Roseyatimah dikenali dengan filem seperti Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Profil 1) Datuk Mustapha Maarof dilahirkan pada 1 Januari 1935. Bera...