Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENGANTIN REMAJA

Pengantin Remaja - Suami Perlu Tahu Tanda-Tanda Isteri Sudah Sampai Masa Hendak Bersalin!! - Jangan Panik!

Tanda-Tanda Awal Bersalin Setiap pasangan pasti berdebar-debar menantikan orang baru dalam hidup mereka. Tidak dinafikan ibu-ibu akan mula merasa risau apabila usia kandungan mencecah minggu ke 36. Tidak kiralah bagi yang pertama kali melahirkan atau pun sudah melalui proses melahirkan beberapa kali sebelum ini. Perlu diingatkan sepanjang kehamilan serta... proses kelahiran adalah berbeza-beza untuk setiap anak. Jadinya, ibu-ibu perlu persediaan fizikal dan mental yang cukup bila saja usia kandungan melalui fasa matang aka full term. Antara persediaan yang perlu dititik beratkan adalah tanda-tanda hendak bersalin. Selepas usia kandungan mencapai 36 minggu, ibu-ibu perlu ambil berat akan tanda-tanda hendak bersalin., seperti berikut: 1.KONTRAKSI Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. ...

Masya Allah! Indahnya Adab Pengantin Menurut Sunnah Rasulullah SAW

Imej
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ . Solat sunat selepas akad nikah dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran dalam hati kepada Allah سبحانه وتعالى yang telah menentukan jodoh pertemuan dengan isteri/suami yang tersayang. Melaksanakan Solat Sunat Nikah boleh dilakukan sejurus selesai majlis akad nikah atau pada masa yang sesuai. Kedua-dua pengantin hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah Yang Maha Penyayang supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah سبحانه وتعالى daripada sebarang keburukan. Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu Said, ada menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kamu berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah...

Malam Pertama Bagi Pengantin Baharu - Apa Yang Patut Dilakukan?

Berikut adalah tips atau panduan menempuh malam pertama pengantin baharu. Pak Lang kutip berdasarkan pengalaman orang-orang lama, pembacaan dan kisah-kisah realiti remaja masakini. Walau bagaimana pun, ianya tentulah tidak sama dengan malam pertama di dalam kubur ya!! 1)   Malam pertama hendaklah dijadikan malam untuk bertaaruf (berkenal-kenalan) secara lebih dekat - dari hati ke hati. Bersembang berdua sambil bercerita akan memberi ruang kasih sayang tercetus atas dasar saling memahami. 2)  Pernikahan adalah halal dan dikira ibadah atau amal soleh menurut syariat. Ganjaran kehidupan suami isteri sangatlah besar di sisi Tuhan. Menghayati hal sebegini, akan mendorong suami isteri bersungguh-sungguh membina rumah tangga bahagia yang diredhai Tuhan. 3)  Mulakan pertemuan suami isteri dengan suami mendatangi isteri sambil menghulur tangan bersalam. Ketika isteri memegang kedua tangan suami dan mengucup belakang tangan suami, niatlah mengambil keberk...

Cerita Sepasang Remaja Di Malam Pertama Pengantin Baru 2013 (Sambungan)

Imej
Kisah malam pertama yang Pak Lang paparkan pada Rabu, 20 November 2013 disambung kembali. Semoga para remaja sekalian dapat mengambil manfaat dari kisah ini.  Sila baca semula dari awal ..........   Banyak juga cerita yang Pak Lang dengar tentang remaja yang soleh (yang baik, warak dan beriman). Kisah mereka ini agak lucu. Maklumlah remaja yang tidak terdedah dengan maksiat atau mungkar. Mereka jadi manusia yang tidak pandai dalam hal berkaitan seks atau hubungan suami isteri. Eloklah begitu! Cuma ibu bapa pasangan pengantin sebegini kenalah pandai memahamkan mereka agar bahtera rumah tangga yang dilayari dapat dimulakan dengan penuh indah dan bahagia. Sememangnya tidaklah dinafikan - terutama dalam jemaah islam - adanya remaja yang begitu bersemangat mentaati perintah Allah. Meraka sangat serius dalam menghayati syariat Allah. Jadilah mereka orang yang warak - yang sangat menjaga halal haram dalam segenap sudut kehidupan atau pergaulan. Bila tiba masanya untuk mereka ber...

Cerita Sepasang Remaja Di Malam Pertama Pengantin Baru 2013

Imej
Banyak juga cerita yang Pak Lang dengar tentang remaja yang soleh (yang baik, warak dan beriman). Kisah mereka ini agak lucu. Maklumlah remaja yang tidak terdedah dengan maksiaat atau mungkar. Mereka jadi manusia yang tidak pandai dalam hal berkaitan seks atau hubungan suami isteri. Eloklah begitu! Cuma ibu bapa pasangan pengantin sebegini kenalah pandai memahamkan mereka agar bahtera rumah tangga yang dilayari dapat dimulakan dengan penuh indah dan bahagia. Sememangnya tidaklah dinafikan - terutama dalam jemaah islam - adanya remaja yang begitu bersemangat mentaati perintah Allah. Meraka sangat serius dalam menghayati syariat Allah. Jadilah mereka orang yang warak - yang sangat menjaga halal haram dalam segenap sudut kehidupan atau pergaulan. Bila tiba masanya untuk mereka berkahwin, mereka akan pastikan calon isterinya atau suaminya adalah sealiran dengan jemaah yang diyakininya.  Mereka tidak terlibat sama sekali dalam pergaulan bebas, berfoya-foya dan sebagainya. H...

10 Perkara Kenapa Pengantin Baru bercerai - Tips Dan Panduan Untuk Pengantin Remaja

Melihat kepada statistik perceraian di kalangan pengantin baru, ianya terjadi dengan punca yang berbagai-bagai. Asas puncanya hanya satu iaitu soal iman dan rasa hati dengan Tuhan. Jika hati sudah tidak terhubung dengan Tuhan  yang maha kuasa, apakah lagi unsur yang mampu melawan bujukan nafsu dan syaitan.  Penguasaan nafsu, iblis, syaitan dan juga usaha musuh islam seperti yahudi akan menjadikan remaja makin jauh tersasar. Semakin banyak zina dan maksiat berlaku, semakin galaklah musuh-musuh Islam merencanakan pelbagai program untuk melipatgandakan lagi kerosakan sosial remaja kita. Semakin bertambahnya anak-anak zina di tengah masyarakat, semakin kukuhlah keupayaan mereka mengkucarkacirkan sistem sosial umat Islam.   Musuh-musuh Islam akan sentiasa memastikan kerosakan berganda berlaku. Media massa dan ruang siber menjadi medan 'perang' terhadapa umat Islam yang semakin dahsyat. Remaja Islam semakin sukarlah untuk dipulihkan. Ianya umpama terperosok ke lubang y...

Kisah Malam Pertama Sepasang Pengantin Remaja Yang Soleh Dan Solehah!!

Imej
Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang pengantin remaja, dua insan dipertemukan Tuhan. Pertemuan yang halal dan itulah yang pertama kali di dalam hidup mereka. Itulah malam kejayaan yang menjadi natijah bagi pertarungan hak dan batil apabila sebelum ini godaan nafsu syaitan berjaya ditangkis satu persatu. Itulah malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini. Kesunyian wujud di mana-mana. Mereka berdua belum sempat berbicara. Keadaan kekal dengan sunyi yang syahdu tetapi amat membahagiakan. Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka. Inilah waktunya mereka dapat  menatap wajah pasangan dengan lebih dekat. Sisuami akan dapat menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Suatu yang sukar...