Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SAIKOLOGI PENDIDIKAN

Gaya Bahasa Guru Pendorong - Dorong Anak Dengan Doa

Imej
Gaya bahasa dan kejayaan sangat berkait rapat. Orang lain suka berkawan-kawan dan merapati orang yang berjaya. Individu berjaya bercakap menggunakan bahasa positif - bahasa kejayaan. Guru pendorong ialah guru yang mendidik anak muridnya bercakap menggunakan gaya bahasa positif. Ia bermula daripada gaya bahasa yang diucapkan oleh guru itu sendiri. 5 Gaya Bahasa Guru Pendorong [1] Jangan gunakan gaya bahasa negatif seperti 'malas', 'nakal', 'degil', 'masalah', 'rugi', 'gagal', 'buruk', 'comot', 'pengotor', 'corot' dll. [2] Jangan bercakap menggunakan bahasa campuran apabila mengajar anak murid. Individu yang bercakap menggunakan bahasa campuran digambarkan sebagai orang yang berfikiran kelam kabut. [3] Bercakap dengan lancar, jelas dan sebut perkataan satu-persatu. Jangan guru dilihat seperti individu yang 'belum habis berfikir, tetapi sudah bercakap' [4] Bercakap mengg...

Apa Perlu Guru Lakukan Apabila Pelajar Tidak Mahu Bertanya

Selalu guru akan berkata, " Jika tidak faham,tanya. Kalau tidak tahu, tanya." Namun, kadang kala pelajar tidak memberi respon. Faham atau tidak, mereka hanya diam. Apabila pelajar melakukan kesilapan dalam menjawab soalan, guru akan pulang paku buah keras, "" Itulah. Saya sudah beritahu, kalau tidak tahu tanya. Kalau tidak faham tanya. Ini tidak. Lepas itu, buat salah." Mahukah tuan/puan mengetahui caranya mendekati pelajar-pelajar Generasi Y ini? Bagaimana mendorong mereka untuk bertanya jika tidak memahami pelajaran? Bagaimana mendorong mereka untuk bertanya jika tidak tahu cara menyelesaikan tugasan@latihan? Ini perkongsian saya. Biasanya pelajar-pelajar tidak mahu bertanya. Bukan semuanya faham perkara yang diajar oleh guru dan tidak semua faham arahan ynag diberikan. Namun, untuk bertanya, untuk bersuara dan memanggil guru, itu adalah tindakan yang paling akhir yang akan dilakukan oleh mereka. Jadi, bagaimana?  Inilah yang saya lakuka...