Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERPADUAN NEGARA

Kita Perlu Membaca Artikel Berikut: Cabaran Perpaduan Negara - Dr Mujahid

Imej
Jalur Ekstrem Kanan & Kiri Cabaran Perpaduan Negara -Dr Mujahid Oleh DR MUJAHID YUSOF PADA Oktober 2013, saya menerima panggilan telah dijemput untuk menyertai sebuah badan dinamakan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara. Tawaran dibuat dalam keadaan saya sendiri tidak mempunyai maklumat apakah tujuan dan matlamat majlis ini atau singkatannya MKPN dari sudut kuasa dan skopnya. Apa yang saya tahu, skop kerja utamanya ialah untuk perpaduan nasional. Mendapat Persetujuan Saya masih ingat, saya menerima panggilan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri itu semasa Muktamar PAS sedang berlangsung. Mereka meminta keputusan segera sebab Perdana Menteri akan memberi tauliah kepada kami ahli majlis dalam masa seminggu lagi. Saya berbisik pada Presiden PAS di atas pentas muktamar yang berlangsung di Shah Alam tentang tawaran ini sambil menjelaskan sedikit maklumat tentangnya. Beliau bersetuju dan mengharapkan kehadiran saya...