Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TANDA KIAMAT

Tanda Kiamat Yang Makin Berleluasa

Segala tanda-tanda kiamat seperti diberitahu oleh Rasulullah saw  adalah benar-benar berlaku! Antara tanda dekatnya hari kiamat ialah zina tersebar dimerata-rata dan dianggap sebagai kebiasaan dan urusan peribadi. Bahkan dikalangan keluarga kaum muslimin sendiri menjadi kebiasaan apabila anak-anak mereka membawa pasangan yang belum dinikahi keluar dimana-mana saja secara bebas tanpa halangan. Dari Abdullah ibn Amru radhiyallahu’anhu: Nabi shallallahu’alaihi wasallam bersabda: لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَسَافَدُوْا فِي الطَّرِيْقِ تَسَافُدَ الْحَمِيْرِ قُلْتُ إِنَّذَلِكَ لَكَائِنٌ ؟ قَالَ: نَعَمْ لَيَكُوْنَنَّ. “Tidak akan terjadi kiamat sebelum orang-orang melakukan hubungan seks di jalanan seperti perbuatan keledai”. Saya bertanya: “Apakah hal itu benar-benar akan terjadi?” Jawabnya: “Ya, hal itu akan benar-benar terjadi”. Hadits diriwayatkan al-Bazzar dalam Musnadnya (4/148) no. 3488, Ibn Hibban (no. 1889 - Mawarid), عن أبي هريرة عن النبي ص...

Kutub Menyongsang Pada 2015, Tanda Awal Kiamat?

Imej
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal. Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah. Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan. Bagaimana dengan nasib...