Jangan Terlalu Takut Dengan Kemiskinan
Paparan di bawah adalah tulisan Sdr Blogger HASRUL HASSAN . Beliau memperkatakan tentang kemiskinan - suatu yang ramai manusia cuba menghindarinya. Biasanya begitu tetapi kemiskinan tetap melanda sebahagian umat manusia. Banjir yang berlaku di pantai timur baru-baru ini benar-benar dari Allah. Dia yang maha kaya mahu insafkan kita. Kita sendiri menyaksikan ramai mangsa banjir itu 'dipaksa jadi miskin' oleh Allah. Walaupun kaya raya tetapi kalau sudah rumah besar dengan segala isinya tenggelam berhari-hari - apa lagi yang tinggal? Tentulah miskin namanya bila terpaksa menanti bantuan di atas bukit dalam keadaan basah kuyup! Banjir mega itu menjadikan ramai orang kaya jatuh miskin. Sekurang-kurangnya pengalaman dan perasaan orang miskin dapat dirasai bersama. Bacalah tulisan beliau: Miskin. Jarang orang memperkatakannya. Yang lebih banyak orang dok cakap adalah mengenai kekayaan. Tengok saja dalam dunia maya ni, dunia internet, klik-klik je pasti...