Semalam Mahkamah Agung Arab Saudi menetapkan hari wuquf atau dikenali juga sebagai Hari Arafah yang bertarikh 9 Zulhijjah jatuh pada 3 Oktober iaitu pada hari Jumaat, bermaksud Hari Raya Aidiladha di Saudi akan jatuh pada hari Sabtu iaitu 4 Oktober. Pada hari yang sama juga, Pejabat Pemegang Mohor Besar Raja-Raja iaitu suatu badan yang berautoriti di Malaysia dalam menentukan tarikh-tarikh utama umat Islam menyebut bahawa tarikh hari Raya Aidiladha jatuh pada 5 Oktober iaitu pada hari Ahad berbeza dengan Saudi yang jatuh pada hari Sabtu. Atas perbedaan ini lahirlah pelbagai persoalan di kalangan umat Islam samada berkenaan puasa hari Arafah, sembelihan korban dan lain-lain. Maka tujuan tulisan ini cuba merungkai secara ringkas akan kecelaruan ini supaya dengan itu kita dapat memahami isu ini daripada perspektif syarak, bukan sekadar emosi atau akal semata-mata. Perselisihan yang diterima Antara perkara yang perlu kita faham berkenaan ciri asas yang ada pada Islam i...