Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PAS

PAS Pecat Lotfi Ariffin 11 Mei Lalu

Imej
KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah memecat Lotfi Ariffin sebagai ahli PAS serta merta selepas mendapat maklumat dengan jelas dan sahih berhubung pemergiannya ke Syria. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu. "Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily. Rakyat Malaysia Di Syria Jihadist koloborasi bersama ISIL – Foto NST      Lotfi -star Menurut Mustafa pemecatan Lotfi juga telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beliau.  Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya.    - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Ingat Tempoh Untuk Pas Berpecah Sudah Pun Tiba

Imej
Pak Lang paparkan di sini, tulisan saudara MSO untuk renungan kita di hujung minggu ini. Paparan ini tanpa diedit. Mungkin agak sukar bagi sesetengah orang kerana ada kesilapan ejaan dan sebagainya. Apapun isi ceritanya menarik untuk diketahui.... Cerita pemilihan UMNO dikesampingkan dulu. LIHAT SUMBER Ketua Dewan Urusan Ulamak Pas Harun Taib (foto) membuat cadangan supaya Pas mengkaji semula kerjasama (tahalus syiasi) dengan PKR. Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang berlangsung sehari suntuk di Kedah hari ini.   Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahalus syiasi itu boleh melemahkan Pas. Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara specifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap Pas berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas. Tentunya andai ini silap sebab tahalus syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat angin ...

Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah - Muhasabah Buat Semua Pekerja PAS Di Kedah

Imej
Kepada semua pengunjung blog ini, bacalah kisah di sebalik tabir kejatuhan kerajaan Pas Kedah baru-baru ini. Pak Lang tidak membuat sebarang pembaikan ayat atau sebagainya. Harap dapat difahami dialog dalam dialek utara.  Tujuan Pak Lang supaya anak cucu dan remaja GISB sekelian memahami situasi perjuangan PAS dan membandingkannya dengan apa yang ada di dalam jemaah GISB. Kekuatan jemaah Islam ialah pada iman, ukhwah dan keselarasan. Abuya sahaja yang menyimpulkan tiga perkara ini sebagai asas kekuatan sesebuah harakah atau jemaah Islam. Pak Lang tidak pernah bertemu ulamak selain Abuya yang menyimpulkan asas sesebuah jemaah Islam se'kental' ini. Justeru tiga perkara inilah yang mesti dibina, dijaga dan dikembangkan. Di dalam jemaah politik, banyak perkara bukan asas yang 'terpaksa' diutamakan sehingga jadilah wadah perjuangan kacaubilau seolah-olah tiada nakhoda di dalam kapal perjuangan. Di dalam politik, iman tidak mampu diperjuangkan secara sungguh-sungguh. K...