Kabinet Najib Bakal Tersungkur?
Berikut satu artikel menarik dari blog shahbudindotcom . SILA KLIK UNTUK SUMBER ASAL Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat terus memperhebatkan tekanan menolak keputusan piliharaya lalu dengan siri perhimpunan aman diteruskan lagi ke beberapa negeri, kabinet yang dibentuk Najib turut mulai bergelora. Bermula dengan Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak atau PRS menolak perlantikannya sebagai timbalan menteri, majlis tertinggi parti itu juga membuat keputusan terbaru iaitu menolak sebarang jawatan yang ditawarkan Najib. Ini bermakna, seorang lagi Ahli Parlimen PRS, Joseph Entulu yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, turut dianggap menolak perlantikan itu berasaskan keputusan yang dibuat oleh PRS itu. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Presiden PRS James Masing berkata, majoriti pimpinan tertinggi parti menolak perlantikan yang dibuat oleh Najib kerana berasa dianaktirikan dari segi pembahagian kerusi kabinet berasaskan sumb...