Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG ADDIN

Gambar2 Lucu Kesilapan Teknikal Siaran TV1,TV2, TV3 Dan TV9

Imej
KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengarahkan kementeriannya agar menyiasat insiden secara terperinci beberapa kesilapan teknikal semasa siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1. RTM2 Bernama melaporkan, Shabery Cheek kesal dengan kesilapan yang tidak seharus berlaku kepada TV1 dan RTM selaku penyiar nasional dan berkata kesilapan itu akan diteliti sama ada ia berpunca daripada kelemahan pihak teknikal atau tidak disengajakan. “Saya minta supaya ada satu sistem menghukum mereka yang melakukan kesalahan sama ada ia berbentuk kecuaian atau sesuatu yang boleh menjatuhkan imej RTM ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Deepavali 2014 di Bukit Jalil semalam. Kesilapan itu dikesan berlaku ketika siaran langsung berita di TV1 Sabtu malam. FMT mendapati bahawa kejadian yang sama juga terjadi di TV2, TV3 dan TV9. ~ free malaysia today KREDIT SUMBER: BLOG ADDIN

Azmin Ali Turun Padang Melihat Masalah Rakyat!!

Imej
KUALA LANGAT, 10 OKT: Aduan rakyat berhubung jalan rosak di sepanjang dua kilometer dari Kampung Jaya Sepakat menghala ke Bandar Saujana Putra dan Kampung Lombong mendapat perhatian Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali. Kesempatan Program Turun Padang ke Daerah Kuala Langat hari ini, Azmin Ali tidak melepaskan peluang meninjau sendiri masalah yang berlarutan hampir enam tahun di lokasi tersebut. "Dalam lawatan ini saya memanggil Pengarah JKR dan Pengarah JPS untuk melihat bagaimana kita boleh menaik taraf semula jalan yang rosak ini pada kadar segera," jelasnya.Jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk kampung dan pengguna dari kawasan Puchong, Saujana Putra dan Klang. Ia merupakan laluan alternatif yang lebih pendek dan cepat serta menjimatkan kos berbanding menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).Selain dihimpit masalah jalan mendap dan berlubang, penduduk juga berdepan dengan masalah pembuangan sampah secara haram ditebing sung...