Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SOLAT

Mengucapkan 'Usolli' Sebelum Takbiratul Ihram

MENGAPA MEMBACA USALLI . Seorang Wahabi bertanya mengapa membaca usalli ketika setiap solat? apakah Rasulullah s.a w. pernah melakukannya? . Menjawab pertanyanya ini  kita harus menjelaskan, " Tidak ada riwayat yang mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. mengucap kata usalli ketika akan solat ". . Para ulama fuqaha yang menganjurkan membaca usalli juga tidak beralasan bahwa Rasullah s.a.w. telah melakukannya. Dasar falsafah mengapa fuqaha menganjurkan membaca usalli adalah demikian: . 1_Rasulullah s.a.w. bersabda, "innama al a'malu binniyyat (segala perbuatan itu bergantung pada niatnya)". Hadits ini menjadi DALIL wajibnya niat ketika kita akan menunaikan ibadah. . 2_Setelah redaksi hadits tersebut, ada redaksi, " wainnama likulliimri'in  ma nawa ( sesaorang hanya akan memperoleh apa yang di niatkannya)". . Hal ini menunjukkan bahwa ketika ibadah itu memiliki beberapa macam yang berbeza, maka harus dilakukan TA'YIN (penentuan) dalam NIAT. Contohnya...

Kisah Keluarga - Seriusnya Solat

Puan Khaulah Binti Hj Ashaari SOLAT ABUYA Salam semua.. Mintak mahap ler dah lama mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang blogger second hand atau part time. Dah segan dah bagi alasan manjang. Ok kembali dengan kisah bersama Abuya ye.. Selamat membaca semua.. Abuya ialah seorang ayah yang tegas. Penyayang tapi tegas. Lebih lagilah bila masuk bab solat,laagilah tegas. Serius. Garang. Jangan sapa berani buat main. Benda lain boleh bergurau,tetapi masuk bab sembahyang,sila hentikan gurauan anda serta merta ditempat kejadian! Dari kami kecik lagi,tak baligh lagi,hingusan lagi pun Abuya dah ingatkan tentang betapa perlunya serius dalam beribadah. Daripada berwuduk,pakaian solat,saf,bacaan sembahyang dan sebagainya tu sangat dititik beratkan. Hal lain masih boleh dimaafkan,tetapi sembahyang? Tiada maaf bagimu.. Kami waktu kecik dulu biasalah kalau kena denda tak boleh makan sebab masbuk. Kena rotan sebab solat main-main. Kena tibai kalau solat tidur. Kena nganga sejam sebab tak serius ibad...