Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TV3 UMMU HANI

Pengarah Sentap Drama Cinta Teruna Kimchi Dilabelkan Drama Sampah

Imej
Drama Cinta Teruna Kimchi yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini mendapat pelbagai kritikan daripada penonton sehingga ada yang melabelkan drama itu sebagai sampah. Ini kerana ada yang berpendapat drama ini terlalu mengangkat cerita Korea sehingga ia menjadi ibarat karya asing didalam drama tempatan. Bengang dengan komen negatif, pengarah drama tersebut Heykal Hanifah menganggap kritikan yang diberikan agak melampau dan menyifatkan mereka yang memberikan komen tersebut seumpama menghina agama. Saya lihat, tindakan melabel drama ini seperti sampah amat keterlaluan sedangkan ia sebuah karya berpaksikan Islam. Apabila mereka berbuat demikian, orang itu seumpama menghina agama. Ikutkan hati, saya enggan melayan komen sedemikian, tetapi saya rasa perlu untuk tampil memperbetulkan segala tanggapan salah itu. Sebaik-baiknya, pengikut drama tempatan menontonnya terlebih dulu dan jangan cepat menjatuhkan hukum. Malah, ada yang kata, drama ini mengangkat cerita Korea...