Pembentangan Belanjawan - Apakah Alasan Yang Sepatutnya Bagi Menggantikan Alasan Kencing Manis?
Isu kenaikan harga minyak, gula dan pengenalan cukai GST terus menghantui rakyat. Belanjawan yang dibentangkan Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri menandakan kerajaan terpaksa mendapatkan semula wang dari sumber dalam negara - secara langsung daripada rakyat jelata. Tidak ada bijaksananya langkah sedemikian kecuali penasihat PM memberikan idea pendekatan ucapan yang signifikan dengan keadaan semasa negara. Ianya lebih terhormat jika isu kenaikan harga ini diperjelaskan bagi menyuburkan semangat patriotisma. Kesempatan berucap dalam pembentangan belanjawan negara yang sebegini sepatutnya mampu dieksploitasi oleh seseorang pemimpin negara. Ucapan seorang Perdana Menteri yang ditonton secara langsung oleh semua rakyat sepatutnya menjadikan rakyat kagum dan melonjak semangat cintakan negara. Tetapi ternyata tidak semua pemimpin mampu bertindak sebijak itu. Inilah yang terpaksa diakui apabila melihat pembentangan sedemikian Jumaat...