Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FELDA GUAR NAPAI

Kehidupan Kanak-Kanak Di Felda Guar Napai - Mengaji Al-Quran

Mengaji Quran Ketika kecil - di sekolah rendah - kami anak-anak Felda Guar Napai akan mengaji Quran setiap hari di rumah Mak Long Denah (Al-Marhumah). Suaminya Pak Long Seman diamanahkan menjadi pengurus kedai syarikat.  Ini adalah kedai milik bersama semua peneroka FGN yang menjual pelbagai barangan keperluan harian.  Mengaji di rumah Long Denah menjadi kenangan yang membahagiakan. Puluhan anak murid lelaki dan perempuan berdatangan ke rumahnya sebaik jam 2 petang - hingga jam 5 petang. Suara puluhan anak sekolah rendah mengaji muqaddam dan Al-Quran memang jauh kedengaran gemanya. Ianya diselang seli dengan tingkah suara Mak Long Denah yang membetulkan bacaan kami. Meriah suasananya Bila sudah mengaji pondok dan mendalami pengajian agama, Pak Lang sedar apa yang kami lalui - mengaji di rumah Long Denah adalah suatu yang sangat bermakna. Ianya permulaan kehidupan yang diwarnai dengan keindahan ayat-ayat al-Quran.  Bumi Felda tempat kami tinggal itu jadi begitu b...

Kehidupan Kanak-Kanak Di Felda Guar Napai - Suka Bercerita

Ketika kecil, Pak Lang suka berangan-angan. Bahkan suka pula bercerita. Entah bagaimana, minat bercerita itu muncul di dalam diri. Seingat pak Lang ketika mengaji Quran di rumah Mak Long Denah, Pak Lang akan ambil masa menunggu giliran membaca Quran di depan Mak long sambil berbual dan bercerita. Ramai yang berkerumun. Pak Lang hanya bercerita tanpa skrip. Otak ligat memikirkan apa peristiwa / 'plot' selanjut dan selanjutnya demi mengikat kawan2 untuk terus mengikuti penceritaan khayalan Pak Lang itu.  Bila ramai yang berkerumun, kami akan terlerai bila Mak Long bawa rotan. Semua sekali kena rotan. Memikirkan hal itu, sangat rasa bersalah dengan Mak Long. Beliau mengajarnya sesungguh hati - tanpa upah. Kesungguhannya mendidik kami sangat terasa berkatnya. Semua kami menguasai Al-Quran dengan lancar dan khatam sejak di sekolah rendah - berkat asuhannya.  Aktiviti bercerita ini Pak Lang teruskan sehabis waktu mengaji. Kami panjat pokok belimbing depan rumah Long Denah ...