Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AZMIL MUSTAPHA

Kisah Musafir Mencari Allah - Azmil Mustapha.

Imej
Perubahan ketara pada anak-anak Azmil Mustapha setelah setahun menetap di Syria. Adik-adik pesan kepada kakak mereka yang mahu pulang ke Malaysia,  "Jangan tengok lelaki!!"   APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya.  Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen, semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak den...