Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KELULUT

Misi Khas Menangkap Burung Di Hutan Pahang?

Imej
Misi Madu Kelulut Sehari dua ini Pak Lang akan ke rumah abang di Pahang untuk mengambil madu kelulut yang banyak khasiat. Semoga ada rezeki yang banyak kali ini. Mahal juga harganya tapi beli dengan abang - boleh berkira la.  Rencananya hendak usahakan juga beberapa buah sarang untuk di letakkan di dalam Mini Zoo Limpahan Kasih, Puchong.  Mini Zoo ini kami usahakan untuk memelihara beberapa spesis binatang seperti arnab, burung peru, burung merpati, burung puyuh, ayam kampung, itik nila dan itik air (telor).  Misi Tangkap Burung Hutan Insya Allah bila ke Pahang nanti, salah satu misi kami ialah menjerat burung hutan!!! (tapi bukan yang jenis dalam perlindungan MERGASTUA / PERHILITAN). Berbalik pada khasiat madu kelulut, memang terasa kesannya pada Pak Lang terutama pada usus. Pencernaan mudah, keluar peluh, sendawa (buang angin) dan cuci saluran penghadaman.  Khasiatnya seperti berikut. Jika sesiapa nak order untuk berubat - sila beritahu Pak Lan...

Ajaibnya Khasiat Madu Lebah Kelulut

Imej
Khasiat madu lebah kelulut Norlezah Baharom menyedut madu kelulut dari sarang dengan mengunakan mesin penyedut di ladang di Lanchang, Pahang, Ramai yang menganggap lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa. Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesies lebah tersebut. Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa. Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Trigona Bee, Norlezah Baharom yang berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut. Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa. "Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu ke...