Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HATI YANG SEMPURNA

Tips Melembut Hati Yang Keras Dan Menyuci Hati Yang Kotor

Imej
Berikut adalah tips atau panduan para kekasih Allah yang telah menempuh jalan kemenangan di hujung perjuangan mereka melawan hawa nafsu. Semuanya mengambil panduan dari Baginda Nabi saw yang menggariskan jalan kemenangan bagi sesiapa yang mahu berusaha dan bermujahadah.    Antaranya ialah dengan membanyakkan berlapar, kurangkan tidur, banyakkan berzikir dan bertafakur iaitu memikirkan kebesaran Allah SWT melalui ciptaannya serta memikirkan masalah akhirat seperti kegelapan alam barzakh, kepanasan Padang Mahsyar dan seksaan neraka. Banyakkan Berlapar Rasulullah saw. bersabda “Apabila seseorang itu kurang makan, penuhlah badannya dengan cahaya”. Allah swt akan melahirkan cahaya (nur) di dalam diri orang yang berpuasa dan memberinya kekuatan untuk mendampingi Allah. Kurangkan Tidur. Antara kebiasaan ahli syurga ialah mengurangkan tidur untuk bertahajjud: "Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-ama...

Bagaimana Menyelamatkan Negara Kita? - Bacalah Pengalaman Atau Kesan Orang-Orang Yang Khusyuk Dengan Tuhan

 Mari kita bina masyarakat kita seperti yang berlaku di zaman Rasulullah saw dan para sahabat. Niatkanlah sebegini walaupun kita sedar, siapalah kita untuk mencita-citakan hal sehebat mereka. Pada Pak Lang, kita wajar wujudkan niat terlebih dahulu. Niat adalah gambaran cita-cita dan keazaman. Islam mengajar umatnya berjiwa besar.  Sebab itu hadis tentang niat ini menjadi hadis permulaan sesuatu perbicaraan ilmu oleh para ulamak. عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه Ertinya:  Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yan...

Bayangkan Malaysia Berubah Bilamana Pemimpin Dan Rakyat Jelata Serius Membaiki Hati Untuk Cinta Dan Takut Tuhan!!

Imej
Menjadi pemimpin adalah amanah. Tugas pemimpin yang utama ialah membaiki diri, keluarga dan masyarakat yang dipimpinnya. Jika orang biasa hanya bertanggung jawab tentang diri dan keluarganya, para pemimpin dibebani persoalan amanah untuk kelompok yang lebih besar. Tentunya ruang lingkup tanggung jawabnya lebih besar mengikut jumlah manusia yang di amanahkan di bawahnya. Tidak mudah mencari pemimpin yang sentiasa cemas dengan amanah kepimpinan yang dipikulnya. Sebaliknya rata-rata pemimpin bergembira (baca 'enjoy') dengan status dan keistimewaan yang diterimanya. Hakikat yang mengatakan pemimpin itu sebagai hamba rakyat atau wakil rakyat tidaklah pernah berlaku. Apa yang menjadi realiti rakyat diperkudakan dan diperbodohkan sewenang-wenangnya.  Malaysia merindui pemimpin yang sanggup bersusah payah demi rakyat. Malaysia mengharapkan para pemimpinnya berkorban habis-habisan demi kesejahteraan rakyat. Bukan senang mendapatkan pemimpin politik dari aliran demokrasi yang sangg...