Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SUBSIDI MINYAK

Harga RON95, RON97 Dan Diesel Naik 25 Sen

Imej
Harga minyak RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Ekoran itu, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter). “Harga baru ini akan berkuatkuasa bagi bulan Mac 201,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, kerajaan akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran matawang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Berita Gembira Tentang Subsidi Harga Minyak

Imej
Sumber dalaman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengatakan pemberian subsidi akan dilaksanakan melalui pemberian elaun di mana setiap pengguna kenderaan perlu mendaftar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan memberikan butiran berkaitan cukai perseorangan atau syarikat bagi mendapatkan ‎kad minyak tersebut. "Kad elaun subsidi minyak yang bakal diberikan kepada pengguna mengandungi maklumat seperti nama penerima, alamat dan kuota bulanan minyak."  Sistem itu dijangkakan bermula pada September ini bagi kenderaan komersil manakala Oktober dan November bagi kenderaan persendirian. Bagaimanapun menurut sumber itu, sekiranya penggunaan elaun subsidi melebihi ‎kuota ditetapkan, ‎‎pengguna perlu membeli sendiri minyak mengikut harga pasaran. Pengguna kenderaan berpendapatan  RM5,000 ‎dan tidak melebihi RM10,000 dijangka akan turut layak menerima pemberian subsidi tersebut, bagaimanapun dihadkan hanya sebany...