Dari Blog Puan Khaulah - Kursus Pemantapan Akidah Di Jelebu
Setelah 2 minggu bergelut dengan ilmu dan pengalaman, maka kehidupan biasa bermula semula. Perkataan bergelut dipilih sebagai lambang kesibukan yang tidak bertepi. Tapi sekarang kiranya dah bertepilah. Begitulah kegawatan yang boleh dirasakan hasil Kursus Pemantapan Akidah yang telah diikuti. Kenapa gawat? Kerana ianya sarat! Kenapa sarat? Sarat dengan ilmu, panduan, kenangan, kesedaran, keinsafan dan kebahagiaan bila mendapat ramainya kawan baru yang sama-sama cintakan islam. Pulang dari kursus, pembuktian haruslah dilakukan bagi memastikan kursus itu tidak berlalu sia-sia. Doa dipanjatkan semoga Tuhan yang menjadi saksi kepada semua ini akan membantu untuk terus memandu kami semua agar tidak lagi tersasar dari landasan sebenar. Juga diharapkan salam pengharapan yang dihulurkan oleh semua agensi yang terlibat tidak akan kami sia-siakan. Terasa macam masuk sekolah semula dan sedang berdebar menghadapi ujian penilaian. Yang paling cemas sudah tentulah apabila sedang dinilai hati kit...