Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH KEAJAIBAN

Teladan Bersedekah Tak Kira Pada Siapa - Manusia Atau Haiwan

Kisah mennyentuh hati.. • Never underestimate  Allahs mercy and power: # Jgn diperkecilkan kuasa Allah swt: #Ibu seorang pemuda dirawat di hospital. وأدخلت للعناية المركزه  #Ibunya dirawat di ICU. وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء #Bbrp hari kemudian doktor berterus terang  بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها في أي لحظة تفارق الحياة  #Keadaan ibumu tiada harapan semboh dan boleh meninggal dunia bila2 masa. وخرج من عند أمه هائما على وجهه  #Pemuda itu meninggalkan hospital dgn hati yg sedih mengenang sakit ibunya. وفي طريق عودته لزيارة والدته #Dlm perjalanan utk melawat ibunya sekali lg وقف في محطة البنزين  #Pemuda itu berhenti di stesen minyak  وهو ينتظر العامل ليضع البنزين في سيارته  #Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak رأى تحت قطعة كرتون قطة قد ولدت قططا صغاراً  #Pemuda itu terpandang seekor kucing bersama anaknya berteduh dibawah...

Ajaib!!! - Harimau Bintang Berkasih Sayang Dengan Rusa?

Imej
Persahabatan   bisa saja terjadi antar sesama makhluk hidup,bukan hanya manusia.  Bahkan haiwan sekalipun boleh bermesra, berkasih sayang dan menjadi kawan yang rapat. Uniknya, ada beberapa persahabatan yang terjalin antara haiwan walaupun berbeza spesies, dan yang lebih mengejutkan lagi mereka itu adalah pemangsa dan mangsa.  Hmm, memang aneh dan ajaib kalau dipikir dengan akal yang logik. Biasanya kan mangsa itu selalu diburu oleh pemangsa kerana memang begitulah hukum alam dan sudah wajar terjadi. Kisah sahabat ini terjadi pada seekor rusa dan 3 cheetah bersaudara Foto-foto ini di ambil di taman safari Kenya oleh Fotografer ternama Michel Denis-Huot. Dia cukup terkejut dengan apa yang dilihatnya. ” Ini tiga Cheetah  bersaudara  dan satu ekor rusa telah hidup bersama sejak mereka meninggalkan ibu mereka di sekitar 18 bulan yang lalu, “ katanya. “Pada pagi hari kami melihat mereka sepertinya tidak terlihat lapar, berjalan cepat tetapi kadang-kadan...

Kisah Seorang Wanita Tua Dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci Mekah

Imej
Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja. Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kuci...

Muslim Nepal Bersyukur Tiada Masjid Rosak Akibat Gempa.

Imej
Masjid Jami Nepal. MASJID Jami di Bag Bazaar, Ibu Kota Kathmandu, Nepal itu masih berdiri tegak gagah. Tidak ada dinding terkelupas atau retak. Aktiviti di sekitar kawasan masjid sangat ramai. Kedai mula dibuka, walau madrasah masih tutup Kami bersyukur, ini semua kerana kuasa Allah, kata, ahli takmir Masjid Jami Nepal Mohammad Rizwan. Raheem menjelaskan Masjid Jami Nepal ini bangunan yang relatif lebih baru. Pengubahsuaian besar masjid ini terakhir dilakukan pada 1995. Tapi hanya berjarak 600 meter, ada Masjid Khasmiri Taqiya yang berdekatan Universiti Tri Chandra. Masjid itu pun tidak mengalami kerosakan apapun.Padahal tempat ibadah itu sudah dibina sejak 1524 Masehi. Ada beberapa masjid di sekitar Kathmandu. Sebahagian besar berusia lebih dari 100 tahun dan tidak ada yang rosak, kata Rizwan.  Di Lalitpur, masjid jami masih berdiri tegak. Demikian pula masjid di Bandar Bharatpur, Provinsi Chitwan. Merujuk bancian terkini, terdapat 1.1 juta penganut ajaran ...

Pelik Tapi Benar

Imej
IBU kanak-kanak berkenaan mengangkat anaknya keluar dari keranda selepas dia dilihat bergerak ketika hendak dikebumikan Sabtu lalu. [Harian Metro] Zamboanga del Sur: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang terjaga ketika disiapkan untuk dikebumikan, semalam dilapor mati akhirnya. Kanak-kanak dari Zamboanga del Sur di selatan Filipina itu sebelum ini disahkan mati di sebuah hospital Jumaat lalu akibat demam dan keluarganya segera membuat persiapan untuk mengebumikannya.  Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan itu dilapor bernafas semula ketika mayatnya diletakkan di sebuah gereja untuk upacara keagamaan sebelum dikebumikan.  Detik dia bernafas semula itu dan ketika dikeluarkan dari keranda dirakam oleh seorang anggota keluarganya yang hadir pada majlis untuk menyiapkan pengebumiannya itu. Seorang jiran menyedari kepala kanak-kanak itu bergerak ketika menjenguk mayatnya. Selepas dibawa keluar dari keranda, kanak-kanak berkenaan diberi minum dan dibawa...

Ajaibnya Ayatul Kursi!! - Pendinding Wanita Dari Dirogol - Kisah benar

Imej
INI kisah nyata dari Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun 2006. Pengalaman nyata seorang muslimah asal Asia yang pakai hijab.  Suatu hari wanita ini berjalan pulang dari bekerja dan agak kemalaman. Suasana jalan setapak sepi. Ia melewati jalan pintas. Di hujung jalan pintas itu, dia melihat ada sosok lelaki Kaukasian. Ia menyangka lelaki itu seorangwarga Amerika.  Tapi perasaan wanita ini agak was-was kerana sekilas raut lelaki itu agak mencurigakan seolah ingin mengganggunya. Dia berusaha tetap tenang dan membaca kalimah Allah. Kemudian dia teruskan dengan membaca Ayat Kursi berulang-ulang seraya sungguh-sungguh memohon perlindungan Allah swt. Meski tidak mempercepat langkahnya, ketika ia melintas di depan lelaki berkulit putih itu, ia tetap berdoa. Sekilas ia melirik ke arah lelaki itu. Orang itu asyik dengan rokoknya, dan seolah tidak mempedulikannya.  Keesokan harinya, wanita itu melihat berita jenayah, seorang wanita melintas di jalan yang sama dengan j...

Gambar Jin Bersolat Di Atas Gunung Jerai?

Imej
Gambar ini katanya diambil oleh staff TM yang sedang melakukan lawatan ke pencawang di atas Gunung Jerai. Kelihatan sosok 3 manusia berserban sedang bersolat di belakang. Dun dun dun! SUMBER; Twitter

Kisah Benar Tentera Sultan Muhammad Al-Fateh (Dari Blog Matahati)

Imej
Paparan berikut Pak Lang ambil dari blog Matahati. Penulis blog ini iaitu Tn Nawawi Dahlan sekarang sedang merantau ke Turki dan Eropah. Tulisannya tentang Sultan Muhammad Al-Fateh ini terbit dari pengalamannya sendiri menyaksikan lokasi peristiwa penawanan Kota Konstantinopel.    Apa yang dilihat dengan apa yang ditulis dalam sejarah sudah bercampur dengan rekaan, penipuan dan kebenaran. Rekaan dan penipuan tentulah oleh musuh Islam yang tidak mahu menampakkan Islam itu hebat dan mempunyai keajaiban sebagai bukti kebenarannya.     Kebenaran yang ada di sana pun hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang menempuh jalan yang sama di tempuh oleh Sultan Muhammad Al-fateh. Tulisan Tuan Nawawi, membantu kita melihat dan merasai situasi sejarah yang hebat itu.    Diharapkan beliau akan terus menulis tentang sejarah yang begitu tersembunyi rahsia luar biasanya. Tentunya banyak yang perlu disingkapkan dan dihuraikan untuk semua yang mempunyai cita...

Kisah Benar - Menanti Doa 47 Orang Yang Ikhlas Untuk Panjang Usia

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau bekerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya bekerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya sel...