Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH BENAR

CERITA BENAR! 'Kerana Mak Mentua DAN Kakak IparKU, Rumah Tangga Aku MUSNAH,HANCUR..!' |

Imej
Assalamualaikum. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan, sebelum itu, selamat mennyambut bulan Ramadhan semua. Saya bekas penuntut UIA, graduasi pada tahun 2007.... -Saya baru bercerai dgn suami 2 minggu sebelum bulan Ramadhan. Saya redha jika dah tertulis jodoh kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak mengaibkan namun diharap apa yg saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.... -Saya berkahwin dgn suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarikat swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya. Jujur saya kata, BEKAS suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri. Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab BEKAS suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluar...

Kisah Benar - Anak Balik Nak Buat Kejutan Pada Emaknya Tetapi Terkejut Tengok....

Imej
Aku nak cerita maybe quite panjang sikit. So rajin rajin lah baca. Aku nih sejak dari sekolah memang seorang yg agak keras hati dalam family.  Btw aku anak number empat dari lima adik beradik. Aku ada dua abang satu kakak. kakak sulung. Masa aku start form 1 sampai lah form 5, aku nih jarang dengar ckp mak aku, so memang anak yang degil. aku lebih kepada lepak dengan kawan kawan, and mostly nya lelaki. So mak aku cukup tak berkenan lah bila banyak jantan lepak depan rumah, then keluar 2 3 pagi sgt tak elok bagi budak yang masih bersekolah. Okay for short, aku start masuk college masa 18, haa time tuh hantu dah keluar hutan, i’m such a bad bad girl. Duduk rumah sewa shah alam, perangai aku teruk gila, sampai nak balik rumah family pun tak, even rumah family kat damansara jea. huu. So dalam setahun since 18 to 19 hidup aku enjoy jeaa, study ntah kemana. One day, aku ada masalah. Masalah nyaa sgt sgt aku jadi mcm rasa betapa bodoh nyaa apa aku buat selama nih, and ...

Kisah Benar - Akibat Dosa Dengan Ibu, 50 Tahun Merana

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia. Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia. Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar. Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia. Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia. Mak cakap, aku tak ada buat salah kat d...

Kisah Dua Rakan Sejati - Sehingga Salah Seorang Meninggal Dunia

Imej
Semalam masa saya scroll Instagram, terjumpa satu picture ni. Tapi tertarik nak stalk sampai laa saya jumpa Instagram Satishganesh ni. Sahabat baik arwah Muhammad Amin yang telah meningal dunia 2 minggu lepas. Terbaca caption yang sangat menyentuh hati. Sedihnya.. Walaupun berlainan bangsa tetapi ikatan persahabatan mereka kukuh. Kadang terfikir di dalam ribuan kawan, siapa yang betul-betul menjadi sahabat kita? Semoga tenang di sana. Al - fatihah Muhammad Amin B. Sharudin Tidur dengan nyenyak ekh sayang, aku sangat merindui dirimu, rindu nak dengar suara mu! Seorang kawan yang sejati seperti dirimu amat sukar ditemui. Ameen, aku tak sangka kau pergi dulu Meen. Tapi aku ingat lagi bila ada orang tanya kat kau, kenapa tak pilih kaum sendiri untuk berniaga dan kau jawab, "Bang, dia ni yang terbaik bang. Hidup mati saya dengan dia," Dan bila kita merancang sesuatu, mesti kau akan libatkan aku dan kau nak aku ada dalam semua group WhatsApp yang...

Pemuda Miskin Yang Dipinggir (Kisah Benar)

Imej
Pada waktu petang, ada seorang lelaki ini, muncul entah dari mana, melihatnya berjalan seperti orang mati, kepalanya menunduk ke bawah, rambut panjang yang menutupi mukanya, mengheret kaki di koridor tempat kerja saya. Terdapat pelanggan duduk di sekitar kawasan itu, mereka jelas berasa terganggu. Lelaki ini kelihatan seperti penghisap dadah , atau pesakit mental. Semua orang hanya tahu menghalau dia pergi, tetapi tidak mahu mendekatinya. Perkara pertama yang difikirkan apabila saya melihat dia, aku ingin membantu dia. Mungkin kalau didekati saya akan dicederakan. Walau bagaimanapun, tanpa banyak memikirkan, saya pergi ke arahnya, meletakkan tangan saya di atas bahu beliau dan bertanya mengapa. Saya bertanya apa yang berlaku kepadanya, dari mana kamu datang?, mana keluargamu?. Dia tidak mahu berkata-kata yang pada mulanya, tetapi selepas bertanya lagi, dia berkata seluruh ahli keluarga dia meninggal dunia. Saya membawa dia ke belakang restoran, dan segera mend...

Kisah Remaja Pesakit Leukemia - "Rasa Kepala Macam Mahu Tercabut'

Imej
KOSMO / Kesihatan  Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN  BERAT badan Lia pernah turun daripada 43 kg kepada 20 kg  akibat leukemia tahap kritikal yang dihidapinya. DISAHKAN menghidap leukemia tahap kritikal pada usia 14 tahun dianggap takdir yang paling memilukan buat Noorliameera Johar.  Lantaran penyakit kanser darah yang biasa menjangkiti kanak-kanak itu, kehidupan anak kelahiran Labis, Segamat, Johor ini berubah sama sekali. Dia yang kini berumur 20 tahun masih dapat merasai kesakitan menjalani pelbagai prosedur rawatan apabila mengingati semula fasa sukar dalam hidupnya itu. “Ia bermula apabila saya sering sakit di bahagian kiri kepala manakala hidung saya sering berdarah terutama jika berada lama di tempat panas. “Ayah hanya membawa ke klinik biasa, namun apabila saya kerap sakit, doktor menasihatkan ayah membawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana ada kemungkinan saya menghidap ketumbuhan otak. “Tidak mahu berlengah, ayah membawa saya menjalani p...

Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT

Imej
  Setiap manusia mahu pengakhiran hayatnya dalam keadaan yang baik. Namun dalam merebut khusnul khatimah itu, seseorang itu perlulah taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang Nya. Dr Fuh mahu berkongsi dengan anda tentang kisah seorang pemuda yang telah keluar berdakwah dan takdir Allah, dirinya telah meninggal duniakerana lemas. Ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama anda tentang gambaran keadaan jenazah tersebut. Kisah Benar Bermula Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke ru...

Upacara Tolak Bala Yang Bercanggah Dengan Ajaran Islam

Imej
Setiap 17 Disember sebuah upacara persembahan kepala kambing dilakukan di dalam kawah Gunung Ijen, Jawa Timur. Gunung Ijen ialah sebuah kawah gunung berapi selebar 300 meter dan ianya kini sebuah lombong sulfur. Pekerja lombong sulfur ini akan mengorbankan seekor kambing yang kepalanya kemudian ditanam di dalam kawah tempat mereka bekerja.  Mereka percaya jika persembahan ini diberikan kepada dewa gunung keselamatan serta rezeki mereka akan terjaga selama setahun. Kawah Gunung Ijen dikerjakan oleh ribuan penduduk setempat yang hanya menerima bayaran RP 75000 (RM 20) sehari. Kerja yang dilakukan bukan sahaja berbahaya tetapi memenatkan. Mereka perlu mendaki lereng kaldera gunung berapi sedalam 198 meter ini setiap hari untuk melombong. Laporan asal BaltimoreSun

Kecurian Ketika Di Masjid Makin Menjadi-jadi

Imej
KALAU dulu-dulu, kes hilang selipar atau kasut selepas solat Jumaat adalah sesuatu yang biasa didengar. Pada waktu itu, mungkin ramai yang bersangka baik dengan menganggap ada insan yang tertukar selipar sewaktu mahu pulang. Namun, sekarang senarionya cukup berbeza. Solat Jumaat ternyata menjadi kesempatan oleh para penyamun untuk melakukan kerja keji mereka termasuklah memecahkan tingkap kenderaan bagi mengambil barang berharga di dalam kereta yang diletakkan di luar masjid. Terbaru, menerusi gambar yang dikongsi di Facebook Nescafeais.com, seorang warga emas mengalami nasib malang apabila kesemua tayar keretanya dicuri sewaktu sedang menunaikan ibadah solat. Ternyata pencuri tersebut mengambil kesempatan sewaktu semua jemaah berada di dalam masjid dan keadaan di kawasan tempat letak kereta juga sunyi. Mungkinkah selepas ini sukarelawan atau polis perlu bertugas menjaga kawasan letak kereta masjid setiap kali solat Jumaat bagi menghalang jenayah sebegini daripada terus berleluasa? ...

Kisah Benar - 'Orang Gila' Yang Kaya Dan Pelik!!

Imej
  Gambar Hiasan Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah. Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap. Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yan...

Bacalah Dua Kisah Mengharukan Untuk Tatapan Remaja

Imej
Terharu dgn pengorbanan seorang ayah demi pendidikan anak2... Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan an...

Kisah Benar - Seorang Remaja Tidak Dicabut Nyawanya Oleh Malaikat Maut

Sebuah kisah yang akan membuka mata kita tentang kebesaran Allah Taala. Ianya satu kisah yang memberi harapan untuk terus melakukan amal soleh tanpa henti. Selagi ada kesempatan berbuat baiklah kerana keberuntungannya sangat untuk diri kita sendiri. Allah menilai semua kebaikan dengan keikhlasan di hati. Hayati kisah ini dan sama-sama kita mengambil pengajaran dari cerita ini. Kematian adalah hak Allah Swt, tanpa mampu kita menolaknya secara apapun jika Allah berkehendak, dan juga maju mundurnya kematian adalah hak Allah Swt. Tetapi, ada satu perkara yang mampu membuat kematian di tunda oleh-Nya. Lalu bagaimana caranya dan mengapa itu boleh terjadi? Berikut ini sebuah contoh kisah yang benar-benar terjadi pada zaman Nabi Ibrahim as. Suatu hari, Malaikal Maut mendatangi Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?” “Oh! anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.” “Apakah tujuan dia datang menemuimu?” “Dia...

Kisah Pelik Tapi BENAR - Arwah Ibu Melawat Jenazah Anak

Imej
   Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.......   Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.    Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlal...

Kisah Benar - "Papa, Nanti Bacakan Cerita Ini Kuat-Kuat Pada Ina Ya!"

Imej
Cerita yang sungguh menyayat hati. Betul2 berbuku di hati untuk sesiapa yang mendalami dan belajar dari pengajaran cerita ini. Sebuah kisah benar.. Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang. Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja. “Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. “Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi. “Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. “Bolehlah Papa?..sek...