Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - PAS

Benarkah PAS Makin Berpecah?

Imej
Yang Kalah Tinggalkan Parti dalam Pemilihan PAS Tahun Depan - Sumber Perwakilan PAS dalam muktamar tahun depan akan menentukan hala tuju PAS, sama ada kemenangan di pihak profesional atau ulama. – Gambar fail The Malaysian Insider,  21 November, 2014.Pemilihan pucuk kepimpinan PAS tahun depan bakal menjadi pertembungan terakhir antara kumpulan yang berbeza pandangan dalam PAS sekarang dengan satu hala tuju, siapa yang kalah akan meninggalkan parti itu. Yang kalah tinggalkan parti dalam pemilihan PAS tahun depan, kata sumber [The Malaysian Insider] "Kalau kami kalah, kami perlu fikir sama ada boleh kekal dalam PAS lagi atau tidak. Besar kemungkinan kami perlu menubuhkan parti baru. "Kami juga difahamkan, pihak belah sana juga berpendirian begitu. Kalau kalah, mereka juga melihat menubuhkan satu parti baru adalah satu opsyen bagi mereka," kata seorang pemimpin kanan PAS yang berada dalam kumpulan profesional atau lebih dikenali Erdogan, mengambil na...

Banyak Lagi Ruang Jihad Di Malaysia - Ustaz Ahmad Yakob

Imej
KOTA BHARU: Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob mengingatkan masyarakat Islam di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan seruan jihad oleh kumpulan tertentu sama ada di dalam mahupun luar negara. "Kita tidak tahu matlamat sebenar kumpulan ini dan kita perlu berhati-hati dengan perkataan atau kalimah yang digunakan mereka.  "Ibu bapa mesti tanya khabar anak di luar negara dan perlu mengetahui bidang apa yang mereka pelajari dan siapa kawan mereka. Ini semua perlu ditanya kerana bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Buku Khalifah: Kita Pilihan ALLAH di Medan Ilmu, di sini semalam. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jihad bukan sahaja dengan mengangkat senjata, malah banyak lagi aspek lain yang turut dikategorikan sebagai jihad. Menurut beliau, ianya termasuk jihad dari sudut ekonomi dan juga pendidikan yang memerlukan umat Islam menguasai ke...

Isu PASMA - Apa Yang Perlu Difahami

Tulisan berikut diambil dari BLOG MSO: Tidak perlu larang ahli Pas sertai PasMa Larangan tidak rasmi (berbentuk personal) telah dikeluarkan oleh pemimpin Pas agar ahli parti agama itu tidak terlibat dengan kegiatan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia atau PasMa. Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSu), Nik Zawawi Nik Salleh dan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, antara pemimpin yang mengeluarkan nasihat agar ahli Pas tidak terlibat. Agak garang juga nasihat mereka? Tidak ada alasan kemas yang diberikan melainkan kerana rasa bimbang dengan hala tujuan PasMa yang dianggap berusaha untuk menjatuhkan presiden Abdul Hadi Awang. Sebenarnya ahli Pas tidak perlu dilarang daripada melibatkan diri dengan PasMa. Pas tidak perlu takut dengan kemunculan PasMa yang semua orang jelas akan tujuan dan maksudnya. Kita harus percaya kepada matlamat PasMa adalah untuk menjadi benteng kepada Pas agar tidak keluar dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat suatu pakatan yang perlu diperkuatkan ...

PAS Terengganu Gopoh Gapah

Imej
PAS Terengganu akan mengesyorkan kepada ibupejabat PAS pusat dan Majlis Syura Ulama PAS supaya memecat dua ADUN PAS Selangor kerana mengabaikan keputusan parti berhubung krisis menteri besar negeri itu. Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun siasatan sedang berjalan terhadap kedua-dua ADUN berkenaan, tetapi PAS Terengganu tetap dengan pendiriannya bahawa wakil rakyat itu hendaklah dipecat kerana menjejaskan imej parti, lapor Bernama. Sebelum ini, katanya, PAS juga telah memecat beberapa pemimpin kanan parti berkaitan dengan masalah moral dan disiplin. Ini juga, katanya, akan menjadi satu pengajaran kepada semua supaya tidak mengabaikan parti dalam apa jua krisis yang mungkin timbul, tetapi sebaliknya, harus memberi kesetiaan penuh kepada parti. Satiful Bahri memberitahu pemberita demikian di majlis sambutan hari raya PAS Terengganu semalam. Dua ADUN PAS itu - Sa'ari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk...

Teguran Untuk MB Dan Kerajaan PAS Kelantan

Imej
Pemimpin sesebuah negeri sepatutnya mampu menarik sokongan rakyat padanya. Semakin lama dia berada di tampuk kuasa, semakin bertambahlah ghairah rakyat padanya. Sebagai pemimpin dia mempunyai terlalu banyak peluang untuk mempengaruhi rakyat. Sebaik-baik cara menarik sokongan rakyat ialah secara terhormat dan terpuji.  Ramai pemimpin dunia menggunakan pendekatan paksaan secara kuku besi supaya rakyat taat dan patuh. Rakyat yang engkar akan dibunuh, disiksa, dipenjara atau dibulinya. Mereka memperlakukan rakyat sewenang-wenangnya. Itulah wajah pemimpin yang rendah martabat dirinya. Hakikatnya dia adalah binatang bertopengkan manusia. Memimpin sesebuah negeri ertinya memimpin semua lapisan rakyat. Ada ramai rakyat yang cerdik dan pintar walaupun tidak kurang juga yang bodoh. Rakyat yang cerdik tentulah tidak mudah diperbodohkan. Sama juga rakyat yang bodoh tidaklah mudah untuk dicerdikkan. Al-hasil, tugas pemimpin ialah berusaha meningkatkan tahap kualiti rakyatnya lahir d...

Muktamar PAS Ke 59 - Sudah 59 Tahun Usia Perjuangan Dihabiskan!!

Jika kita rajin berlegar di sekitar Shah Alam sehari dua ini, kita pasti akan melihat banyaknya kenderaan berpelekat muktamar PAS. Muktamar PAS yang ke 59 sedang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam. Ianya satu suasana yang selesa bila muktamar dijalankan di tempat yang sedemikian lapang dan berkemudahan lengkap. Tentunya berbeda dengan suasana bermuktamar di pusat-pusat tarbiyah PAS yang  sedang dibangunkan. Muktamar kali ini berlangsung dalam suasana yang lesu dan tidak seghairah tahun lepas. Walaupun muktamar ke59 ini ada pertandingan jawatan saf kepimpinan baru, suasana tetaplah tidak begitu bertenaga. Ianya lebih kepada proses tunduk menyemak kelemahan dan kekurangan serta halangan yang dihadapi. Kegagalan Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan negara sedikit sebanyak telah melunturkan semangat sebahagian pejuang PAS.  Ada banyak dilema yang sedang menghantui PAS sekarang. Antaranya ialah; 1.   Kedudukan PAS sebagai sebuah parti Melayu Islam ya...