10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera!
Pak Lang agak sibuk dua tiga hari ini. Untuk melayan pertanyaan anak cucu serta remaja yang bertanyakan paparan terkini Blog suaramuhajirin ini, renungkanlah fakta berkaitan makan kegemaran anak-anak dan remaja. Pak Lang perturunkan di sini dari Blog PenPatah. Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak. Bagi mereka mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana banyak bahan perasa. Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya: 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibena...