Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENTADBIRAN SOLAT BERJEMAAH

Apa Itu Pentadbiran Majlis Hablum Minallah?

Tajuk paparan kali ini mungkin pelik dan agak sukar difahami oleh sebahagian anak cucu dan pembaca blog sekelian. Apatah lagi bagi yang tidak memahami bahasa Arab. Hablum Minallah itu sememangnya satu ungkapan yang berasal dari gabungan 3 kalimah dalam Bahasa Arab. ‘Hablun’ – kalimah pertama bermakna ikatan atau hubungan. ‘Min’ – kalimah kedua bermakna ‘dengan’ dan yang ketiga ‘Allah’ adalah nama Allah. Ianya membawa maksud ‘Hubungan Dengan Allah’. Jadi ungkapan ‘Pentadbiran Majlis Hablun Minallah’ yang dimaksudkan di sini ialah ‘Pentadbiran Solat berjemaah’.  Seperti mana termaklum GISB / YKPPM adalah dua entiti yang bergerak dalam bidang ekonomi dan sosial. Kedua-duanya berteraskan konsep ibadah atau 'syariah compliant' iaitu menghambakan diri kepada Allah SWT. Ibadah di sini bermaksud hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia. Di dalam Bahasa Arabnya di sebut; ‘Hablum Minallah Wa Hablun MinanNas’.  Maksud hubungan dengan Allah ialah seluruh aktivi...

Ruang Bersolat Di Atas Kapal Terbang Arab Saudi Dan Iran

Imej
Rukun Islam Solat ialah tiang agama dan seorang Muslim wajib menunaikan solat mengikut waktu. Apabila anda menaiki pesawat bersolat adalah agak sukar. Untuk mengambil wuduk bahagian kaki sukar untuk disapukan air dan kalau nak bersolat pula kena bersolat secara duduk dengan qiblat yang diagak (dzan).  Tetapi sekiranya anda menaiki pesawat Saudi Arabian Airline dan Iran Air, ada ruang bersolat yang selesa disediakan di dalam pesawat perjalanan jauh. Ianya lengkap dengan arah qiblat yang dipaparkan pada skrin LCD dan ruang yang cukup selesa untuk bersolat. Difahamkan ruang solat sebegini tidak ada pada pesawat yang membawa bakal haji ke Saudi.  Canggung juga ya. Kami berharap jika anda tahu sesiapa yang memguruskan pesawat membawa jemaah ke tanah suci untuk mencontohi dua syarikat penerbangan ini. Insyallah akan mendapat pujian penumpang. Tapi jika yang dipentingkan keuntungan duniawi, ruang solat itu dianggap tidak mendatangkan 'income' sebab mengambil ruang kerus...

Pengurusan Solat Berjemaah - Huraian, Teknik Dan Pendekatan

Mohon maaf kepada semua yang menanti paparan mengenai tajuk di atas. Pak Lang memang bercadang awalnya untuk dipaparkan 2 hari lepas. Apa yang berlaku, ada hal yang tidak dapat dielakkan. Pak Lang masih di bumi Indonesia. Palembang mempunyai banyak sejarah dan peristiwa masa lalu dan terkini yang sangat perlu Pak Lang titipkan tulisannya di dalam blog ini. Semoga ada kelapangan masa yang Tuhan anugerahkan bagi dimanfaatkan untuk menulis.  Untuk kali ini, bacalah paparan mengenai Pengurusan Solat Berjemaah selanjutnya. Semoga kita sama-sama dapat merasakan betapa perlunya hal ini diberi perhatian. Inilah apa yang patut kita lakukan jika kita benar-benar berusaha mengamalkan sunnah Baginda Nabi saw. Apa yang dipaparkan ini adalah suatu yang dipandang besar dan berharga oleh Nabi Muhammad saw. Di sini Pak Lang senaraikan apa yang sepatutnya difahami dan dilakukan dalam hal solat khususnya solat berjemaah. 1) Ibadah solat adalah amalan yang sangat istimewa dan palin...

Pengurusan Solat Berjemaah - Membina Warga Kerja Yang Dicari-cari!

Apa yang akan dipaparkan dalam blog ini pada hari ini - mengenai pengurusan solat berjemaah - adalah amalan seharian yang dilakukan oleh seluruh staf dan pelajar di bawah GISB dan YKPPM di seluruh dunia. Paparan ini akan membantu menghalusi semua tindakan berkaitan solat berjemaah di semua tempat yang terdapat warga GISB dan YKPPM.  Mungkin ianya kelihatan agak keterlaluan kerana kami mesti berada di saf sembahyang sejam sebelum masuk waktu solat. Tentulah ada yang berfikir kalau masa sudah begitu banyak dihabiskan untuk berada di tikar sembahyang, bilakah masa untuk bekerja dan membangun? Pada kami, keperluan setiap orang mukmin itu ialah sejauh mana Tuhan menilai dirinya. Bukankah manusia itu tidak akan boleh terlepas dari Tuhannya? Seseorang mukmin itu mesti berusaha ke arah melayakkan dirinya menjadi hamba Allah yang diredhaiNya yang sudah pasti tidak akan ada jawapannya. Kita sekadar berusaha semaksima mungkin melakukan semua suruhan Tuhan dan meninggalkan segala laranga...

Soal Jawab Mengenai Masbuk, Muwafik Dan Lain-lain

SOALAN: Apa maksud masbuk dan muafik. JAWAPAN: Secara ringkas, muwafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muwafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca Fatihah bersama imam. Makmum yang muwafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai. Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca Al-Fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai. Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk. SOALAN: Jika kita masbuk, apakah syarat Fatihah kita untuk ditanggung oleh imam? ...

Wah!! Apa Itu Pentadbiran Majlis Hablum Minallah?

Tajuk paparan kali ini mungkin pelik dan agak sukar difahami oleh sebahagian anak cucu dan pembaca blog sekelian. Apatah lagi bagi yang tidak memahami bahasa Arab. Hablum Minallah itu sememangnya satu ungkapan yang berasal dari gabungan 3 kalimah dalam Bahasa Arab. ‘Hablun’ – kalimah pertama bermakna ikatan atau hubungan. ‘Min’ – kalimah kedua bermakna ‘dengan’ dan yang ketiga ‘Allah’ adalah nama Allah. Ianya membawa maksud ‘Hubungan Dengan Allah’. Jadi ungkapan ‘Pentadbiran Majlis Hablun Minallah’ yang dimaksudkan di sini ialah ‘Pentadbiran Solat berjemaah’. Inilah ungkapan yang dicetuskan oleh Dato Ratu Ibu Hatijah Aam baru-baru ini. Selaku Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS Sdn Bhd dan Yang DiPertua YKPPM, Dato’ Ratu sentiasa muncul dengan idea-idea berinovasi yang sangat unik dan tersendiri. Semuanya bertujuan menjayakan proses pembinaan jiwa juang untuk semua warga GISB dan YKPPM di seluruh dunia. Seperti mana termaklum GISB / YKPPM adalah dua entiti yang bergerak dalam bi...