Ujian Ketika Umrah - Duit Yang Datang Setelah Yang Lain Diuji Duitnya Hilang
Semalam ada seorang abang (Pak Lang namakannya sebagai "Man") menghampiri Pak Lang selepas sarapan pagi. Dia menceritakan satu kejadian yang terjadi pada hari sebelumnya. Katanya, "Ustaz, saya ada hal nak tanya sikit." Pak Lang pun membetulkan duduk dan bertanya kembali, "Ada kemusykilan apa?" Man pun bersuara separuh berbisik, "Sebenarnya saya rasa saya sudah tersilap langkah Ustaz!" Pak Lang memerhati air muka Man. Ada raut rasa serbasalah pada wajahnya. Persoalannya masih samar-samar. Tetapi tanpa menunggu apa-apa respon dari Pak Lang, Man terus menyambung, "Ceritanya begini, semalam saya minta seseorang untuk tolong menukarkan wang Ringgit Malaysia (RM) ke Saudi Rial (SR). Tidak lama selepas itu, dia pun pulang membawa wang serta resit tukaran wang tersebut. Rasanya kawan yang baru saya kenal itu tidak memeriksa wang yang diberikan." Pak Lang makin teruja. Man masih belum menceritakan masalah sebenar. Rasa t...