Tun Razak Pemimpin Berdedikasi ~ Tun Dr Mahathir
Kebenaran tetap satu kebenaran..! Kebenaran jugalah yang akan meninggalkan kenangan dilipatan sejarah untuk dikenang oleh generasi mendatang..! Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia pada Januari 1976 pada usia 54 tahun akibat leukemia di London. TUN RAZAK 1. Adalah sukar untuk membayangkan bahawa 40 tahun telah pun berlalu sejak peninggalan Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia yang merdeka, yang dihormati dan dikasihi. 2. Tatkala menonton dokumentari TV mengenai kehidupan dan zaman beliau, saya tidak tahan berasa sedih. Itulah zaman yang gemilang. Pemimpin pada masa itu berdedikasi, cenderung untuk membangunkan negara dan menangani jurang perbezaan dalam masyarakat Malaysia. Tun Razak adalah orang yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. 3. Dia pisahkan diri dari tali ikatan Komanwel British, dan melawat Rusia dan Cina. Angin perubahan bertiup kuat. 4. Adalah amat menyedihkan dia diambil pergi dari kita begitu awal. 5. Saya sudah tentunya berasa amat s...