Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MAZMUMAH - EGO

Langkah-langkah Merawat Penyakit EGO (Sombong)

Penyakit ego adalah penyakit hati. Ianya penyakit maknawi. Ego adalah virus terkeji yang tidak dapat dilihat melalui mata walaupun mikroskop. Ego hanya dapat dirasakan kewujudannya melalui tingkah laku sombong, bangga diri dan takabur pada diri manusia yang ego.  Penyakit ego hanya boleh dirawat dengan disiplin ilmu tasauf kerana hanya ilmu tasauf yang mempunyai kaedah merawat penyakit hati. Kaedah ilmu tasauf ialah melalui tafakkur (berfikir dan merenung), bermujahadah melawan nafsu yang mengajak diri untuk bersikap sombong dan sebagainya. jalannya banyak, panjang dan berliku.  Secara ringkasnya, berikut dinyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan: Mula-mula gunakan fikiran untuk fikir tentang nasib orang yang sombong! Iblis tercampak ke neraka walaupun dia ketua segala malaikat. Begitu juga nasib diktator dan penyombong-penyombong lainnya di dunia ini, mana ada yang baik-baik? Semuanya mati dalam kehinaan, semua tinggal seorang diri.  Orang benci,...

Kita Boleh Tahu Tahap Ego Dalam Diri Kita Jika Baca Tajuk Ini; EGO

EGO BILA seseorang manusia itu alim yakni banyak ilmu dan lebih dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan bila seseorang itu berpangkat besar atau bila seseorang itu otaknya lebih dari orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia dan temama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabur hinggaplah pada hatinya. Sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja. Sebab bila seorang rasa mampu, berkebolehan, berjaya, istimewa, lebih dari orang lain, maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri pada Allah SWT dari hati nuraninya. Maka ruang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar, rasa istimewa, rasa tuan, bahkan rasa Tuhan. Maka bila hati sudah jadi begitu, meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah...