Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TURKI - ERDOGAN

Turki Bangkit Dari Negara Sekular Ke Negara Islam Sebenar

Imej
Turki yang dipimpin oleh Perdana Menteri Recep Tayyib Ardogan semakin menjadi buah mulut negara barat termasuk Israel apabila beliau berani menyelar Presiden Israel Simon Perez dalam satu forum perdebatan. Erdogan lantang menyuarakan bahawa Israel telah membunuh bayi-bayi umat Islam di Palestine apabila Simon mempersoalkan kenapa Erdogan menentang Israel. Malah Erdogan berani melangkah keluar dari forum tersebut dan enggan berdebat dengan pembunuh umat Islam dan bayi-bayi umat Islam di Palestin. Sebelum itu Erdogan menyatakan kepada Peres bahawa kenyataan Peres begitu keras ini kerana Israel merasa bersalah. Peres benar-benar pembunuh dan Israel mengetahui hal tersebut. Dunia mula mengakui Erdogan adalah pemimpin yang popular dikalangan negara Islam di dunia ketika ini kerana berani bertindak keluar dari forum yang turut dihadiri oleh pembunuh bayi-bayi umat Islam iaitu Presiden Israel Simon Peres. Kerana hal tersebut, Erdogan disambut sebagai pahlawan negara Islam. R...

Aduhai!! Inilah Punca Endogan Dikatakan Bodoh Dan Berdosa!!

Imej
Telah lama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dipandang sebelah mata oleh pihak yang berseberangan dengan Islam. Ia dikatakan “bodoh”, bahkan “pendosa”. Untuk mengetahui “kebodohan dan dosa-dosa” apa saja yang dilakukan Erdogan, berikut Tim Arrahmah kutipkan dari artikel penulis Yordan, Ihsan Al Faqih, 26 Desember lalu pada media Achahed. Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100 Billion Dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, Uni Emirat Arab, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10 % pertahun, yang bererti masuknya Turki kedalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Modern yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang ditargetkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 ...

Apa Sudah Jadi? Ahli Parlimen Turki Bertumbuk!

Imej
Apa yang sedang berlaku di Turki? Kena tanya kawan-kawan yang sedang berada di sana. Mereka lebih mengetahui situasi yang berlaku terutama perkembangan politik negara yang pernah menjadi kuasa besar dunia dahulu. Parlimen Turki sekarang dikuasai kelompok yang lebih Islami. Sila baca artikel tentang Turki DI SINI , DI SINI dan DI SINI Cakar Muka? Sesi Bertumbuk Ahli Parlimen Turki Masuk Hari Ke 2. REUTERS - AHLI parlimen dari parti pembangkang dan parti pemerintah Turki bertumbuk semasa sesi debat rang undang-undang untuk menambah kuasa polis terhadap penunjuk perasaan di Ankara kelmarin. Lihat gambar seseorang sedang mencakar muka lawannya? ISTANBUL – Parlimen Turki menjadi huru-hara sekali lagi kelmarin selepas ahli Dewan bertumbuk buat kali kedua disebabkan rang-undang-undang kontroversi untuk mening­katkan kuasa polis terhadap penunjuk perasaan, lapor media tempatan. Agensi berita Dogan me­la­por­kan ahli parlimen daripada parti pemerintah dan parti pembangkang...

Erdogan - Israel Punca Pengganas Wujud.

Imej
Turkidi bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan.. ISTANBUL – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu (gambar) berkata, Israel bertanggungjawab di atas kewujudan kumpulan radikal Islam di seluruh dunia akibat tindakan rejim Zionis itu yang secara berterusan melakukan keganasan termasuk mengebom bumi Gaza. Semasa ditemu bual oleh agensi berita Reuters, Ahmet juga berkata, keamanan di Timur Tengah dan usaha menghapuskan kumpulan pelampau mustahil dapat dilakukan tanpa mengiktiraf penubuhan negara Palestin. Beliau turut memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa supaya memberi tumpuan bagi memerangi militan Islamic State (IS) dalam usaha untuk menamatkan konflik di Syria dan mengutuk kekejaman oleh Presiden Bashar al-Assad yang menjadi punca sebenar kepada kebangkitan militan berkenaan. Turki yang merupakan calon untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kini menjadi sekutu utama Barat dalam memerangi kumpulan IS.  ...

Barat Hipokrit, Netanyahu Biadab. Lihat Gambar-Gambar ini..

Imej
ERDOGAN (kanan) berjabat tangan dengan Mahmoud Abbas pada satu sidang akhbar di Istana Presiden di Ankara. - AFP  ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin menuduh Barat bersikap hipokrit berhubung serangan ke atas akhbar satira Charlie Hebdo dan drama tebusan di sebuah pasar raya Yahudi di Paris sedangkan blok berkenaan gagal mengecam tindakan anti-Islam di Eropah. Bercakap di sisi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di ibu kota Turki di sini, Erdogan turut menyelar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana menghadiri perarakan perpaduan di Perancis bersama barisan pemimpin dunia lain selepas serangan di Paris pada Rabu lalu. “Bagaimana seorang lelaki yang membunuh 2,500 orang di Gaza dan mengamalkan negara pengganas boleh melambaikan tangannya di Paris seperti orang ramai menunggu untuknya berbuat demikian? Berani dia pergi ke sana (Paris)?,” kata Erdogan. “Kamu patut memberi penerangan mengenai kanak-kanak dan wanita yang kamu bunuh,” tambahn...

Kebangkitan Turki - Dari Perdana Menteri Ke Presiden: Apa Selepas Kejayaan Erdogan?

Imej
ANKARA: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan akan menggantikan Abdullah Gul sebagai Presiden pada 28 Ogos ini selepas memperolehi kemenangan pusingan pertama beliau dalam Pilihan Raya pada Ahad. Pilihan Raya merupakan kali pertama dilakukan di Turki untuk memilih secara langsung ketua negara dan ia telah menimbulkan tahap ketidakpastian tentang apa yang berlaku seterusnya. Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan Erdogan, bergerak dari pejabat Perdana Menteri di Angkara ke Cankaya, istana presiden. Erdogan letak jawatan sebagai Perdana Menteri Walaupun kemenangan pilihan raya beliau, Erdogan masih secara rasmi Perdana Menteri Turki. Walau bagaimanapun dia perlu, dalam masa dua minggu yang akan datang, melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2003. Erdogan menjadi presiden Ini berlaku pada 28 Ogos, yang juga akan menandakan akhir tempoh tujuh tahun Gul. Penggal presiden kini hanya lima tahun, bagaimanapun Erdogan boleh berfungsi selama dua penggal ...

Israel (Yahudi) Lampaui Kebiadaban Hitler -Erdogan

Imej
Recep Tayyip Erdogan. foreignpolicy.com Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan semalam melancarkan sindiran keras terhadap Israel atas tindakan negeri Zionis itu di Gaza, membandingkan mentaliti beberapa orang Israel dengan pemimpin Nazi Jerman Adolf Hitler. Erdogan, yang menggambarkan dirinya sebagai pemimpin muslim global yang bercakap untuk hak-hak Palestin, telah memperhebatkan retorikanya dalam melawan Israel atas aksi dari negeri Yahudi itu di Gaza, menjelang pemilihan presiden Turki pada 10 Ogos akan datang, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Ahad (20/7). "(Israel) tidak punya hati nurani, tidak punya kehormatan, tidak ada kebanggaan. Mereka mengutuk Hitler siang dan malam, tetapi mereka telah melampaui kebiadaban dilakukan Hitler," kata Erdogan di depan para penyokongnya di sebuah kempen di Bandar Ordu, kawasan Laut Hitam. Erdogan telah menuduh ahli politik sayap kanan Israel Ayelet Shaked berkongsi mentaliti yang sama seperti Hitler, s...

Tahniah Erdogan! Menang P'raya Presiden.

Imej
  KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan di atas kejayaannya memenangi pilihan raya Presiden Turki baru-baru ini. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam suratnya yang dihantar kepada Erdogan 18 Ogos lalu mendoakan semoga Turki di bawah kepemimpinannya sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT. “Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Kelantan, Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan tahniah di atas kemenangan tuan dalam pilihan raya Presiden di Turki,” katanya pada surat yang dialamatkan kepada Istana Presiden di Ankara, Turki. Kata beliau sebagai persaudaraan dalam Islam kita mesti sentiasa memberi perhatian yang tinggi bagi mempertahankan Islam dalam menghadapi diskriminasi dan ketidakadilan yang berlaku. Menurutnya juga Erdogan telah memberi sumbangan besar terhadap perpaduan umat Islam terutamanya mereka yang tertindas di seluruh dunia dengan keberanian diplomasi. “Semoga Allah SWT memberikan kita keazaman yang kuat ...