Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH SERAM

Temankan Anak Di Hospital Tapi Terbangun Dengar Bunyi Aktiviti Alam Ghaib!!

Imej
Satu kejadian paranormal menjadi perbincangan dan menjadi viral di media sosial Seorang wanita yang sedang menemani anaknya yang dirawat di sebuah hospital di Bogor, Jawa barat terkejut apabila laci yang berada di depannya terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Peristiwa tersebut kemudian dituliskan oleh akaun Path Aa 'Ruki. Seperti dipetik dari merdeka.com, Isnin (27/7), Ruki menuliskan, isteri temannya tersebut terbangun kerana mendengar suara laci almari bufet yang terbuka tersebut. "Beberapa malam yang lalu, di sebuah RS ternama di Bogor. Temennya isteri gua tidur di sana kerana perlu menemani anaknya yang diopname. Suatu malam dia kebangun kerana terdengar suara bising. Didapati lacinya terbuka dan tutup sendiri." Ruki menambah, awalnya wanita tersebut sempat berfikir untuk lari dari bilik wad tersebut. Namun apabila melihat keadaan anak yang dijaga, ia membatalkan niatnya. "Nak cabut, tak mungkin pula mau meninggalkan anaknya yang sed...

Kisah Seram – Hantu Ratu Kebaya

Imej
Pak Lang suka bercerita tentang kisah-kisah yang Pak Lang dengar daripada orang tua-tua kepada anak cucu. Banyak yang Pak Lang tahu termasuk cerita datuk nenek zaman dulu hidup atas ran (rumah di atas pokok). Turun naik rumah itu menggunakan tangga tali. Ran itu sebagai tempat selamat dari gangguan binatang buas seperti harimau, babi, ular dan sebagainya.    Ada juga cerita tentang mereka masuk memburu rusa di dalam hutan. Bila rehat mereka bersandar di 'sebatang batang balak' sambil memasak air di tepi balak tersebut. Api dari bakaran kayu itu cukup kuat untuk segera menggelegakkan air. Tiba-tiba senapang yang disandarkan ke 'balak' tersebut terjatuh. Di letakkan lagi seperti asal juga tidak lama terjatuh sehinggalah mereka bangun menyelidik kenapa 'balak' itu bergerak-gerak.    Mereka mengikut batang balak itu tidak bertemu hujungnya tapi yang jelas ianya semakin mengecil tanpa ada ranting dan dahan. Fahamlah mereka itu adalah 'ular penunggu hu...

Kisah Seram Di Petronas Jalan Subang Airport

Imej
Ini merupakan pengalaman dan kisah benar seorang lelaki yang mana sangat menyeramkan. Kejadian berlaku di Petronas Jalan Subang Airport.  Aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start. Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb…. Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa punya angin atau buang tebiat agaknya… aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik… bodoh punya perancangan. Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer… tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon… hampe...