Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG BANDAR TUA

KenaliL Allah lebih dahulu

Seorang pemuda datang bertemu seorang Tuan Guru lalu mengadu tentang susahnya dia hendak melaksanakan kewajipan seharian terutamanya solat lima waktu. Maka guru tersebut telah memberikan jawapan secara kiasan atau analogi. Tuan Guru tersebut telah bercerita tentang kisah seorang pemuda… Seorang pemuda yang sempurna anggota badan, segak, bergaya lagi kaya berpindah ke rumah barunya yang terletak di sebuah penempatan elit. Segala peralatan dan kelengkapan rumah di angkut dengan sebuah lori treler. Beberapa pekerja syarikat pengangkutan yang dibayar bertungkus lumus menguruskan barangan berkenaan. Pemuda yang segak bergaya juga tidak duduk diam. Dia sama membantu dan menolong terutamanya bila mengangkat barangan yang eksklusif seperti hiasan antik. Setelah beberapa jam, maka segala kelengkapan dan peralatan rumah sudah berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Bagaimana pun masih terlalu banyak kerja menysusun dan mengemas yang perlu dilakukan oleh tuan rumah. Sel...

I Syawal bersama Allah dan Rasul

Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana yang telah menciptakan masa. Hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya merupakan makhluk ciptaan Allah. Dalam tempuh setahun, ada bulan-bulan tertentu dengan peranan dan kelebihan masing-masing. Manakala mingguan pula, Jumaat merupakan syaidul ayyam, penghulu segala hari. Ramadhan datang setahun sekali. Ramadhan diciptakan oleh Allah untuk hambanya merasakan lapar dan dahaga di siang hari manakala pada malamnya pula sebagai pesta ibadah. Allah Yang Maha Bijaksana menciptakan ini semua agar manusia kembali membesarkan dan mengagungkan Allah. Tanpa Allah ciptakan hari-hari tertentu dan bulan-bulan tertentu, manusia tentu tidak tahu bagaimana untuk menjadikan hari tersebut begitu meriah dan indah. Kemeriahan sepanjang bulan Ramadhan berbeza dengan kemeriahan di bulan-bulan lainnya. Manakala kemeriahan di hari 1 Syawal pula jauh berbeza berbanding dengan kemeriahan pada hari-hari pertama pada bulan-bulan lainnya pula. Bagaimanakah semua i...