Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MAULID RASUL

Tulisan Mantan Blogger - Assignment: Takutkan Allah Dan Rindu Rasul

Sumber: Blog Mantan Blogger Apa persediaan kita untuk menghadapi mati? Tentang hal ini, Allah ada berpesan - Assignment Tuhan untuk kita!! Al Baqarah ayat 197: وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَاأُولِي الأَلْبَابِ Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.  2:197 Cuba bawa berfikir begini: Kita masuk ke bumi pada hari dilahirkan. Dalam erti kata yang lain, semua kita tahu tarikh lahir masing-masing. Tapi kita tidak pula tahu, tarikh mati kita atau tarikh kita akan keluar dari dunia yang fana ini (ke alam barzakh sebelum ke akhirat). Sedangkan kita ada assignment yang perlu disempurnakan, sementara berada di dunia ini. Kita tamsilkan begini. Kita dihantar oleh majikan kita untuk ke negara asing, dengan assignment mencari seseorang dan dibawa balik ke negara asal dengan cara yang paling berahsia dan selamat. Daripada tarikh memasuki negara asing tersebut...

Tulisan Mantan Blogger Mengenai Banjir Yang Perlu Direnungi

Baca Blog Mantan Blogger BANJIR Memperkatakan tentang perayaan Maulid Nabi, sebenarnya tidak sunyi dari golongan yang membidaahkannya. Memanglah ia adalah bidaah kerana tidak pernah dilakukan oleh Baginda Rasul SAW semasa hayatnya. Tapi ianya ialah bidaah hasanah. Sesuatu yang sangat-sangat baik. Sedangkan bidaah-bidaah yg lain, tidak pula dihebohkan seperti menyertai politik pilihanraya. Ada seorang yang ber'taraf' ulama bahkan diangkat sebagai mursyid kepada sebuah perjuangan yang terlibat dalam politik pilihanraya.  Ulama yang sering dipanggil Tok Guru ini, antara yang merasakan majlis Memperingati atau Merayakan Maulid Nabi, adalah satu yang sia-sia . Kerana menurutnya tidak ada untungnya meraikan hari kelahiran Baginda, yang sewaktu lahirnya (Nabi Muhammad SAW)  adalah manusia biasa-biasa sahaja atau budak-budak biasa, seperti kelahiran kita semua. Sedangkan ramai ulama muktabar telah pun menyatakan kemuliaan Baginda Rasul, sebelum kelahiran Baginda l...

Menarik!! 55 Amalan Sunnah Rasulullah SAW

1. PANDANGAN MATA Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk. 2 MAKAN GARAM Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir. 3. MINUM TANGAN KANAN Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri. 4. SESAAT DI JALAN ALLAH Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat" 5. LANGKAH KANAN Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan. 6. MAKAN TIGA JARI Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah. 7. JAMINAN ALLAH 3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi ...

Biodata Rasulullah SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. · Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). · Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. · Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. · Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. · Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW). · Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). · Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah). USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meni...

Tausiyah Maulidur Rasul SAW Oleh As-Syeikh Al-Habib Ali Zainal Abidin Di Hadapan Sultan Selangor

Imej
Pagi Sabtu lalu berlangsung sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat negeri Selangor. Ada persembahan Hijaz, Yassin Sulaiman dan Tausiyah Maulid oleh Al-Habib Ali Zainal Abidin yang ringkas tetapi menarik. AlHabib Ali memperkatakan tentang konsep 'wasatiyah' di dalam beragama.  Sila lihat gambar di sekitar sambutan berkenaan.

Tidak Kenal Rasulullah SAW - Bagaimana Mungkin Mencintai Baginda?

KENALI SEAGUNG-AGUNG INSAN -KISAH SANGAT MENARIK MENGENAI RASULULLAH SAW. . 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. . 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. . 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." . 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira?" (Humaira adalah panggilan mesra untuk ...

Kisah Menarik Kelebihan Menyambut Maulid Rasul Saw

KELEBIHAN MENYAMBUT MAULID NABI S.A.W Di dalam artikel ini disebut beberapa kisah kelebihan menyambut Maulid Nabi yang saya sedut dari kitab I’anah al-Tolibin. Sekali pun kisah yang dipaparkan ini tidak boleh dijadikan dalil yang qot’ei tetapi ia berperanan sebagai merangsang individu muslim meraikan Maulid Nabi dalam usaha menambah kecintaan umat Islam kepada baginda s.a.w. Kisah-kisah tersebut bukanlah rekaan semata-mata yang direka untuk kepentingan peribadi, tetapi kisah ini diselitkan juga oleh ulama’ yang lain di dalam kitab mereka sebagai sumber pengajaran yang boleh dimanfaatkan bersama. Di dalam kitab I’anah al-Tolibin disebut bahawa pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, terdapat seorang pemuda di Basrah yang tidak elok perangainya. Oleh kerana perangainya yang buruk, maka penduduk Basrah memandang keji kepadanya. Tetapi, apabila masuk bulan Rabi’ul Awwal, maka pemuda tersebut membersihkan pakaiannya, memakai wangi-wangian dan pakaia...

Lebih 200,000 orang hadir Malam Cinta Rasul Dataran Merdeka

Imej
Oleh Azizan Osman pada 02 Januari 2015 Alhamdulillah berita kejayaan program#MalamCintaRasul yang pertama kali diadakan di Dataran Merdeka pada malam tahun baru di banyak akhbar. Kita bukan orang asli Amazon yang perlu menyambut tahun baru dengan bunga api atau panggil ruh sebagaimana tuduhan yang diberi oleh sesetengah orang yang membenci penyatuan ummah umat Islam. Kita orang Islam dan kita boleh tukar cara kita yang mendekatkan ramai orang kepada Allah swt & Rasulullah saw. Kita berkumpul lebih 200,000 orang dengan Solat Isyak dan Solat Hajat Berjemaah serta majlis ilmu disampaikan oleh Yang Berbahagia Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Bakri. Jika program ini tidak membawa kebaikan dan difitnah sebagai memuja ruh gaya orang Asli Amazon oleh sesetengah mereka di luar sana, takkan Mufti Wilayah Persekutuan sendiri hadir serta sudi mengetuai majlis ini? Mungkin mereka rasa mereka lebih alim dari Tuan Mufti? Wallahu A’lam. Pastinya untuk buat kebaikan ...

Sambutan Maulid Rasul - Apa Dalilnya?

DALIL-DALIL MEMBOLEHKAN MERAIKAN MAULID NABI S.A.W. Oleh Prof. Dr. As-Sayyid Muhammad Al-Maliki, tentang Maulid Rasul S.A.W. Pada bulan Rabiul Awwal ini kita menyaksikan di belahan dunia islam, kaum muslimin merayakan Maulid, Kelahiran Nabi Muhammad Saw. Telah ratusan tahun kaum muslimin merayakan maulid Nabi Saw, Insan yang paling mereka cintai. Tetapi hingga kini masih ada saja orang yang menolaknya dengan berbagai hujjah. Diantaranya mereka mengatakan, orang-orang yang mengadakan peringatan Maulid Nabi menjadikannya sebagai Eid (Hari Raya) yang syar’i, seperti Aidul Fitri dan Aidul Adha. Padahal, peringatan itu, menurut mereka, bukanlah sesuatu yang berasal dari ajaran agama.  Benarkah demikian? Apakah yang mereka katakan itu sesuai dengan prinsip-prinsip agama, ataukah justru sebaliknya? Di antara ulama terkenal dunia yang banyak menjawab persoalan-persoalan seperti itu, yang banyak dituduhkan kepada Ahli Sunnah wal Jama’ah, adalah As-Sayyid Al-Muhaddits Al-Ima...

Membesarkan Maulid Rasul Saw Ertinya Membesarkan Insan Yang Paling Dicintai Allah

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membesarkan hari kelahiranku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.” Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.” Sayidina Umar r.a pula berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW maka sesungguhnya ia menghidupkan agama Islam.” Berkata Usman r.a pula: “Barangsiapa mengeluarkan satu dirham untuk membaca Maulid Rasulullah SAW seolah-olah ia mati syahid di dalam peperangan Badar dan Hunain.” Sayidina Ali pula berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW ia tidak akan keluar daripada dunia melainkan keadaannya di dalam iman.” Seorang waliyullah, Hassan Al-Basri telah berkata: “Aku ingin kalaulah aku mempunyai emas sebanyak gunung Uhud nesca...