Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MESIN ATM

Bagaimana Kenal Pasti Mesin ATM Yang Ada Alat Pengimbas Data

Imej
Maklumat berikut hanya sekadar informasi bagi kita semua. Semoga ianya berguna dan membantu kita berhati-hati bila menggunakan mesin ATM KLIK SUMBER Baru-baru ni heboh berita tertumpasnya satu sindiket mencuri maklumat dan wang pengguna mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan alat pengimbas data setelah polis berjaya menahan seorang lelaki warga Poland di pusat beli-belah Suria KLCC di sini. Modus operandi sindiket tersebut ialah mencuri data daripada pelanggan mesin ATM melalui alatan pengimbas tersebut sebelum membuat kad klon mereka dan mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa di luar negara. Jadi di sini kami ingin kongsikan bersama anda bagaimana untuk mengenal pasti mesin atm yang ada alat pengimbas data atau dipanggil “ATM skimming device” dan langkah-langkah keselamatan semasa mengeluarkan wang di mesin ATM. Apa itu ATM Skimming Device? ATM skimming device adalah satu alat yang digunakan oleh penjenayah untuk menyalin data dari jalur magnetic kad ATM pe...