Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SISTEM PENDIDIKAN

Apakah Tujuan Pendidikan Yang Sebenarnya?

Kita selalu mendengar pertanyaan mengenai 'masa depan' seseorang pelajar. Ramai yang bertanya sejauh mana sesuatu sistem pendidikan itu memberi jaminan pekerjaan yang terbaik. Jika kerjaya yang sesuai dengan kelayakan tidak diperolehi bolehlah dikira sistem pendidikan itu adalah sistem yang gagal? Hakikatnya peluang tetaplah sama. Setiap pelajar dalam apa jua aliran - di mana-mana pun - mempunyai potensi untuk berjaya di masa depan asalkan mereka berdisiplin dan bersunguh-sungguh. Cuma, di dalam Islam, pendidikan sebenarnya bukan semata-mata mengenai kerjaya di masa depan. Apa yang penting (dan inilah asas utama dalam pendidikan) ialah menyiapkan jati diri seseorang pelajar.  Jati diri yang dimaksudkan ialah nilai dirinya di sisi Allah SWT sebagai hamba dan khalifahNya. Jika seseorang pelajar itu nilainya kosong dari sudut ini di sisi Tuhan, apakah lagi yang hendak kita banggakan? Sudah terbukti, ramai orang berjawatan tinggi tidak bersembahyang. Sudah termaklum, rama...

Kenapa Ramai Pelajar Yang Ponteng Dan Tercicir?

Dalam dunia pendidikan, selalu diperkatakan tentang keciciran. Maksudnya ramai pelajar yang tercicir daripada dunia pendidikan di negara kita. Ianya samada kerana kandas peperiksaan atau sengaja melarikan diri daripada sekolah. Mereka yang kandas biasanya kerana tidak mampu atau tidak berminat dengan pembelajaran dalam kelas. Belum tentu mereka tidak pintar.  Mungkin mereka tidak rasakan kepentingan belajar cara sedemikian. Mereka boleh belajar dari dunia kehidupan sebenarnya. Ramai tokoh korporat termasuk dalam kelompok sebegini. Mereka sebenarnya mempunyai keupayaan kendiri yang mampu mengambil semua yang positif untuk meningkatkan diri masing-masing di luar sistem yang ada. Manakala pelajar yang ponteng atau lari dari sekolah pula lebih kurang sama puncanya. Pembelajaran dalam kelas dirasakan mengongkong mereka. Apatah lagi jika guru-guru tidak kreatif dalam menarik minta pelajar untuk menguasai ilmu. Jadilah pelajar ini meluat dengan guru, lebih gemar melepak dan memb...

Keciciran Tidak Sepatutnya Berlaku Dalam Pendidikan - Bahagian 1

Dalam dunia pendidikan, selalu diperkatakan tentang keciciran. Maksudnya ramai pelajar yang tercicir daripada dunia pendidikan di negara kita. Ianya samada kerana kandas peperiksaan atau sengaja melarikan diri daripada sekolah. Mereka yang kandas biasanya kerana tidak mampu atau tidak berminat dengan pembelajaran dalam kelas. Belum tentu mereka tidak pintar.  Mungkin mereka tidak rasakan kepentingan belajar cara sedemikian. Mereka boleh belajar dari dunia kehidupan sebenarnya. Ramai tokoh korporat termasuk dalam kelompok sebegini. Mereka sebenarnya mempunyai keupayaan kendiri yang mampu mengambil semua yang positif untuk meningkatkan diri masing-masing di luar sistem yang ada. Manakala pelajar yang ponteng atau lari dari sekolah pula lebih kurang sama puncanya. Pembelajaran dalam kelas dirasakan mengongkong mereka. Apatah lagi jika guru-guru tidak kreatif dalam menarik minta pelajar untuk menguasai ilmu. Jadilah pelajar ini meluat dengan guru, lebih gemar melepak dan memb...

Kisah Mengejutkan Anak-Anak Di Sekolah Rendah

Susahnya menghadapi situasi masyarakat yang sudah rosak. Kerosakan ada di mana-mana. Sukar dan sulit kita mengelak daripada terperangkap dalam kancah kerosakan. Tanpa pimpinan dan kekuatan iman, mudah sangat seseorang itu tergelincir dan gagal.  Jika orang dewasa pun mudah tersasar dan tersilap apatah lagi kanak-kanak kecil yang masih mentah. Sebab itu persekitaran sangat perlu diawasi. Menjaga suasana rumah tangga dan masyarakat sangatlah utama dalam membentuk watak dan tingkah laku anak-anak. Mereka hidup bersama kita. Mereka akan mengikut apa saja tingkah laku kita. Jika komuniti di sekelilingnya mengutamakan solat lima waktu, anak-anak itu juga akan terdidik untuk mendahulukan solat dalam aktiviti harian mereka. Jika masyarakat dewasa berakhlak mulia, berkasih sayang dan mengutamakan Tuhan, nescaya anak-anak juga akan terikut dengan apa yang dijalani orang yang lebih dewasa di sekeliling mereka.  Pak Lang terkejut mendengar kisah seorang ibu bercerita tentang...

Prihatinlah Dengan Nasib Anak Bangsa Kita - Jangan Hanya Fikirkan Hal Anak Atau Keluarga Sendiri Semata-mata!!

Imej
Akhir-akhir ini, Pak Lang menerima beberapa panggilan telipon dan email daripada ibubapa atau keluarga yang sedang menghadapi masalah anak-anak mereka. Kebanyakannya anak-anak remaja di peringkat sekolah menengah. Masalahnya sama iaitu anak-anak tidak minat belajar, ponteng sekolah dan terlibat dengan pergaulan bebas serta gejala negatif. Mereka mengharapkan GISB atau YKPPM menerima anak-anak mereka untuk dididik di bawah program tarbiyah dan kemahiran yang dijalankan di pusat-pusat latihan YKPPM di seluruh negara. Pihak YKPPM rasanya tidaklah ada masalah jika anak-anak itu sendiri mempunyai kesedaran mahu berubah - jika sanggup mengikuti semua disiplin dan peraturan yang ditetapkan. Apa yang berlaku ini adalah situasi di mana-mana. Kebanyakan keluarga sedang dihimpit masalah sosial di kalangan anak-anak remaja mereka - lelaki atau perempuan. Jika ada 6 orang adik beradik dan jika kebanyakannya dikatakan 'berjaya' dalam pelajaran, biasanya akan ada seorang dua yang bermasalah...

Tidak Ada Istilah Pelajar Tercicir Dalam Pendidikan Islam!!

Mari kita renungi situasi pendidikan di negara kita sekarang. Setakat ini kita sudah mempunyai satu sistem pendidikan kebangsaan yang dikatakan mampu melahirkan generasi muda yang cintakan negara. Sekurang-kurangnya itulah harapan di sebalik falsafah pendidikan negara. Al-hasil, ini semua belum menjadi kenyataan sepenuhnya. Kajian menunjukkan pelajar-pelajar bermasalah muncul di setiap kelas, di setiap sekolah di seluruh negara. Ratusan ribu pelajar sebegini tersaring keluar dari arus pendana pendidikan negara setiap tahun kerana terjebak dengan pelbagai gejala yang negatif. Hakikatnya mereka akan muncul membawa virus kerosakan ke serata tempat di dalam dan di luar negara. Pendidikan sebenarnya bukanlah hanya diukur dari sudut pencapaian akademik. Semua pakar pendidikan bersetuju bahawa pendidikan yang sebenarnya ialah bagaimana melahirkan generasi penyambung perjuangan membela agama, bangsa dan negara. Ianya adalah pembuktian rasa cintakan agama, rasa ingin membela ana...

Ubahlah Sistem Pendidikan Negara Kepada Sistem Pendidikan Islam Yang Sebenarnya!!

Dalam dunia Islam hari ini rasanya tidak ada menteri pendidikannya yang mampu mengubah sistem pendidikan negaranya mengikut sistem Islam yang sebenarnya. Kebanyakannya terikut dengan sistem sekular yang meletakkan pencapaian akal sebagai asas penilaian kualiti seseorang pelajar. Ya! bukan mudah untuk dirungkai sesuatu yang telah lama mengikat kita. Walaupun dunia pemikiran manusia telah banyak berubah, ramai pula yang masih selesa untuk terus kekal dalam kepompong lama. Contohnya Tun Dr Mahathir sendiri mengatakan demokrasi bukan sistem yang baik.( BACA DI SINI). Tetapi secara realitinya berapa ramai tokoh politik yang berusaha mengawal demokrasi daripada terus dipergunakan untuk merosakkan agama, bangsa dan negara? Begitu juga ramai mengakui sistem pembelajaran berasaskan peperiksaan sudah tidak relevan dengan keperluan masa kini. Sitem berasaskan peperiksaan tidak akan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Pakar pendidikan dunia mengakui hal ini. Malangnya tida...