Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PIALA THOMAS

Piala Thomas - Malaysia 'Menangis'

Imej
Malam tadi Pak Lang tidak dapat mengikuti perlawanan akhir Piala Thomas. Teringin juga hendak menyaksikan detik bersejarah yang dinanti sejak 22 tahun lalu. Tapi Pak Lang ada hal melibatkan program Israk Mikraj yang akan berlangsung malam ini. Semua rakyat Malaysia menghadap kaca televisyen malam tadi menyaksikan perlawanan yang mendebarkan itu.    Pak Lang tidak tahu apa yang berlaku tetapi sehingga tengah malam media internet, sunyi tanpa ulasan. Tidak ada laporan atau tulisan terkini mengenai Piala Thomas. Kalau Malaysia menang, tentulah sudah 'riuh rendah' dalam internet. Sahlah, Malaysia kalah!! Rasa kasihan pun ada memandangkan ianya impian satu Malaysia. Bagi yang terlalu mengharap tentulah sangat kecewa.    Jadi eloklah masing-masing belajar menerima hakikat. Kadang-kadang ada perkara yang kita hajatkan tapi tidak berlaku walaupun kita mempunyai segala-galanya. Dalam keadaan biasa wang dan kekayaan boleh 'membeli' apa sahaja tetapi ada waktunya Alla...