Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KELAHIRAN AJAIB

Tuhan Ada Cara Lahirkan Bayi Ini Ke Dunia!!

Imej
Kuasa Tuhan maha ajaib. Apa yang ada di sekeliling kita juga sudah sedia ajaib. Cuma kita saja tidak rasa ajaib kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan tersebut. Tidak ada satu pun ciptaan Tuhan yang mampu ditandingi manusia. Manusia tidak boleh sombong dengan Tuhan. Dia maha berkehendak atas apa jua. Setiap yang dikehendakiNya pasti berlaku.    Bacalah berita menakjubkan ini yang Tuhan lakukan ke atas bayi ini. Dia masih di dalam kandungan ibunya apabila keduanya terlibat kemalangan mengerikan. Ketika itulah bayi ini dilahirkan ke dunia dengan cara ibu bapanya serentak di gilis lori dan dia terluah keluar lalu tercampak sejauh 3 meter!! Maha agung kuasaMu ya Allah!! [HM] Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori. Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila mot...