Bayi Ditemui Mati Di TASKA
Taska gagal patuhi nisbah pengasuh, kanak-kanak sinarharian / 5 Oktober 2014 PUTRAJAYA - Taska Permata Bonda di Presint 11, di sini, yang diarah tutup sementara berikutan kematian seorang bayi berusia empat bulan kerana gagal mematuhi nisbah yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 , kata Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Norani Mohd Hashim. Beliau berkata peraturan menetapkan nisbah pengasuh hendaklah 1:3 (seorang pengasuh: 3 kanak-kanak di bawah satu tahun), 1:5 (seorang pengasuh : lima kanak-kanak berumur satu tahun hingga tiga tahun) dan 1:10 (seorang pengasuh : 10 kanak-kanak berumur tiga tahun hingga empat tahun). "Hasil siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati semasa kejadian hanya terdapat empat pengasuh yang menjaga 33 kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan enam orang kanak-kanak transit yang melebihi umur empat tahun, berbanding sembilan pengasuh yang sepatutnya," katanya da...