Peristiwa Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah Terakhir
Bacalah tajuk ini untuk melihat kedudukan umat Islam di akhir zaman. Janganlah kita lupakan musuh kita iaitu Yahudi yang sentiasa berusaha menghancurkan agama Allah dari atas muka bumi. Tuhan Maha Memelihara agamaNya. Bacalah untuk iktibar dan pendorong bagi kita bangkit menjadi pejuang Islam di akhir zaman. KLIK SUMBER Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Uthmaniah Terakhir) dan Bagaimana Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah. Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid ( 1876 – 1909 ). Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rak...