Berhati-hatilah Dengan Taktik Penipuan Sebegini!!
Kes kena tipu semakin kerap berlaku. Walaupun ramai yang terkena dan sudah berjaga-jaga tetaplah masih ada peluang puak penipu ini mengambil kesempatan. Ikutilah kisah di bawah seperti yang disampaikan di dalam Blog Media Orang Kampung Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya mewakili ibubapa saya ingin berkongsi mengenai satu kejadian yang terjadi pada kedua ibubapa saya pada 25 Mac 2015 di Pejabat TH yang terletak di Batu Caves Selangor. Kejadian ini berlaku di hadapan pejabat TH, sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar dari pejabat tersebut. Perlu diingatkan disini, tujuan perkongsian ini bukanlah untuk memburukkan nama Tabung Haji. Kejadian seperti ini juga boleh berlaku dimana-mana institusi kewangan di Negara kita. Kronologi kisah adalah seperti berikut: 1) Ibubapa saya telah disapa oleh seorang wanita berketurunan India bernama Jessica. Beliau telah menawarkan satu kertas. Ibubapa saya menolak pada mulanya kerana menyangkakan itu adalah sk...