Kisah Benar!! Gadis Dirompak, Dipukul, Cuba Dirogol. Kelemahan Siapa?
Setelah anda selesai membaca kisah di bawah renungi semula apa yang terjadi di Amerika Syarikat dalam kes yang lebih kurang sama. Untuk baca tajuk: " Ajaibnya Ayatul Kursi!! - Pendinding Wanita Dari Dirogol - Kisah Benar" - SILA KLIK DI SINI Sila baca kisah benar berikut: DIKETENGAHKAN di sini.. "Pengalaman ngeri gadis dirompak, dipukul dan hampir dirogol di Stesen Komuter Batang Benar, Nilai, N.Sembilan". Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik k...