Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KELAPA KITAR SEMULA

Menteri: "Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam"

Imej
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel hari ini mencadangkan kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam dikitar semula atau dihantar ke kilang minyak untuk diproses. Beliau berkata langkah itu diamalkan bertahun-tahun yang lepas, terutama di   India , iaitu kelapa yang dipecahkan dikumpul dan dikeringkan di bawah matahari untuk dijadikan kelapa kering. Palanivel yang juga Presiden   MIC   berkata kelapa kering itu kemudian dihantar ke kilang untuk minyaknya diekstrak. "Tetapi ia tidak lagi diamalkan sekarang. Kelapa yang dipecah dikumpul syarikat swasta dan dianggap sebagai bahan buangan yang dibuang di tapak pelupusan. "Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kelapa ini amat diperlukan   agar   ia boleh dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk mesra alam," katanya kepada Bernama. Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar kementerian akan meneliti perkara itu. "Kita akan mengkaji untuk mengeluarkan lebih b...