Kisah Hakim Indonesia Yang Bijaksana - Menghukum Nenek Yang Mencuri
Kisah sedih yang mengharukan...bagaimana keadilan dan hati nurani bergabung secara bijaksana - menghasilkan satu keputusan penghakiman yang sangat bernilai tinggi di sudut kemanusiaan!! Tetapi sesungguhnya di dunia hari ini, tidaklah ramai manusia seperti hakim Marzuki ini. Bacalah... Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda haru...