Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK

Rombakan Kabinet Malaysia Julai 2015

Imej
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Mengenai  Rombakan Kabinet 1. Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut: Menteri Persekutuan: (i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau; (ii) YB Dato’ Hamzah bin Zainudin; (iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; (iv) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid; (v) YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said; (vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan (vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak (Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat). Timb...

Keputusan Ganti Muhyiddin, Keputusan Paling Sukar – Najib

Imej
PUTRAJAYA, 28 Julai – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan kabinet yang diumumkan hari ini. Rombakan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini. Menurut Najib, keputusan rombakan kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan Jemaah Menteri dalam menghadapi cabaran menguruskan negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. “Keputusan saya menggantikan Muhyiddin dengan Ahmad Zahid serta empat orang menteri dan seorabg Timbalan Menteri serta dan perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran,” katanya. Beliau berkata perubahan itu bagi memastikan pentadbiran di bawahnya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pada PR...

Peristiwa Yang Sangat Memalukan - Satu 'Cita-cita' Tetapi Kiblat Sembahyang Tidak Sama!!

Imej
Ramai yang berusaha untuk sembahyang - apabila perhimpunan di adakan di Stadium. Mereka berusaha untuk sembahyang berjemaah. Malangnya semua mereka tidak sepakat pada hala kiblat masing-masing. Kiblat kelompok manakah yang betul? Kalau kiblat sembahyang yang wajib dan utama pun sudah tidak sama, manakan ada upaya untuk samakan kiblat atau halatuju perjuangan!!  Insiden di atas sangat memalukan dan sepatutnya dipandang serius oleh Presiden Parti yang dikatakan PARTI ISLAM!!

Rahsia Tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Di Kedah

Imej
Tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dikaitkan dengan perpecahan dalaman yang berlaku dalam kepimpinan PAS negeri. Sukar untuk menafikan berlakunya pergolakan tersebut kerana kemelut yang melanda PAS Kedah menjelang pelantikan semula Exco kerajaan negeri pada awal tahun 2012 diperhatikan dengan penuh minat oleh seluruh rakyat Malaysia. Empat tahun pentadbiran kerajaan kelihatan berlalu dengan baik dan cemerlang. Tiba-tiba orang nombor dua dalam parti dan dalam kerajaan negeri kelihatan bermasalah dengan orang nombor satu, sehingga terpaksa campurtangan oleh PAS Pusat untuk menyelesaikannya. Perkara tersebut memang tidak dapat disembunyikan kerana di sebelah pihak yang terbabit dengan konflik tersebut sengaja mempamerkannya kepada media.    Media yang digunakan pula ialah media talibarut Umno yang sepanjang sejarah tidak pernah bersimpati dengan perjuangan PAS. Media telah mengeksploit isu tersebut habis-habisan sehingga wajah PAS ketika itu benar-benar hodoh di...

Kemelut Politik Tanah Air - Tindakan Nazir Menggoyang Lagi Kedudukan Najib

Tindakan Nazir Menggoyang Lagi Kedudukan Najib Minggu ini merupakan minggu yang menyesakkan nafas Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Bermula dengan berita pertemuan beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dengan Tengku Razaleigh Hamzah berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan Najib Razak dari segi pengagihan kerusi kabinet, ia kemudian bertambah marak dengan tindakan adik Najib, Nazir yang menyokong kecaman CEO Air Asia X, Azran Osman Rani terhadap Utusan yang didakwanya mengamalkkan sikap perkauman dalam pemberitaannya. Sebelum itu pula panas seketika dengan isu sama jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertandingkan atau tidak. Sementara golongan pengampu dan pembodek terus menyarankan agar Najib dikekalkan, beberapa pemimpin lain pula menunjukkan keterbukaannya. Antaranya Hishammuddin dan Adnan Yaakob yang tidak bersetuju sekatan pertandingan dilakukan. Arus di bawah atau di peringkat akar umbi pula jelas mahukan adanya pertandingan ke...

Kebangkitan Rakyat - Tidak Semestinya Bersama Anwar?

Untuk pengetahuan anak cucu semua, ribut pilihanraya belum reda. Pelbagai isu menjelma setiap hari. Yang terkini ialah kisah perjanjian rahsia antara Najib dan Anwar. Bacalah petikan berikut untuk faham apa sebenarnya yang berlaku dan baca juga komen di bawahnya untuk kita sedar, sesuatu sedang terjadi di negara kita selepas pilihanraya ini. Apa pun yang berlaku, yakinlah Islam pasti menang!!  Paparan di bawah dipetik dari blog saudara MSO. SILA KLIK UNTUK SUMBER .    Mungkin kalau tidak ada himpunan Blackout505 kita tidak mengetahui adanya perjanjian sulit di antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim untuk saling hormati menghormati proses pilihan raya dari cara berkempen membawa kepada keputusan yang bakal diterima kedua-dua pihak. Hari ini perjanjian sulit yang 'diorangtengahkan' oleh Jusuf Kalla telah terbongkar apabila adanya himpunan Blacout505 yang membantah keputusan pilihan raya lalu. Himpunan yang diadakan di seluruh negara kecuali Perlis dan Ke...

Kabinet Najib Bakal Tersungkur?

Berikut satu artikel menarik dari blog shahbudindotcom . SILA KLIK UNTUK SUMBER ASAL Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat terus memperhebatkan tekanan menolak keputusan piliharaya lalu dengan siri perhimpunan aman diteruskan lagi ke beberapa negeri, kabinet yang dibentuk Najib turut mulai bergelora. Bermula dengan Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak atau PRS menolak perlantikannya sebagai timbalan menteri, majlis tertinggi parti itu juga membuat keputusan terbaru iaitu menolak sebarang jawatan yang ditawarkan Najib. Ini bermakna, seorang lagi Ahli Parlimen PRS, Joseph Entulu yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, turut dianggap menolak perlantikan itu berasaskan keputusan yang dibuat oleh PRS itu. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Presiden PRS James Masing berkata, majoriti pimpinan tertinggi parti menolak perlantikan yang dibuat oleh Najib kerana berasa dianaktirikan dari segi pembahagian kerusi kabinet berasaskan sumb...

Benarkah UMNO Terlambat Melakukan Muhasabah? Benarkah UMNO Tidak Mampu Bangkit Semula?

 Pak Lang sebenarnya yakin, suaramuhajirin ini akan dibaca oleh orang-orang Dato Seri Najib. Ianya tidaklah mustahil jika Tuhan kehendaki kerana Dia Maha Kuasa. Pak Lang – sepertimana orang lain juga sedang sangat menunggu bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13…. Sudah puluhan tarikh yang diramal dan dijangkakan oleh pakar-pakar dan penganalis politik. Setakat ini semuanya meleset. Dato' Seri Najib ternyata mempunyai firasatnya sendiri. Ramai menganggap Dato Seri Najib menangguhkan tarikh pembubaran parlimen kerana laporan risikan menunjukkan sokongan para pengundi masih belum memihak kepada Umno / BN. Ada pula yang mengatakan Dato; Seri Najib menangguhkannya atas beberapa alasan; a)  Situasi penyokong kerajaan di negeri-negeri dikuasai pembangkang, yang terlalu terkejut dengan kekalahan UMNO / BN pada 2008 sangat tidak memungkinkan PRU 13 disegerakan seperti amalan kebanyakan perdana menteri terdahulu. Mereka semua memerlukan masa antara 1 ke 2 tahun untuk pulih dari kejutan, ...

Ikrar Dan Janji Setia UMNO Untuk Memperjuangkan Islam

Baru-baru ini sebaik selesai sesi bersama YBM Sy Fakhrurazi ar di biliknya, Pak Lang bergegas ke bilik untuk menyemak sekali lagi ucapan penggulungan Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Sy Fakhrurazi ar tertarik dengan ikrar dan doa  DS Najib pada bahagian akhir ucapannya. Pak Lang sendiri memang menontonnya melalui internet baru-baru ini tapi tidak sebegitu peka dalam hal yang dinyatakan oleh Sy Fakhrurazi ar itu. Memang benar, DS Najib dengan penuh yakin mengajak para perwakilan bangun dan bersamanya melafazkan ikrar untuk memperjuangkan dan mendaulatkan Islam. Ianya bergema ke segenap hati para pencinta Islam. Ramai di kalangan para perwakilan yang melafazkan ikrar tersebut dari hati mereka yang inginkan Islam sebagai penyelamat UMNO, menitiskan air mata terharu, sedih dan penuh pengharapan. DS Najib pada petang itu memberi cahaya kepada kegelapan masa depan umat Islam dan orang Melayu di negara tercinta. DS Najib berjaya meyakinkan semua bahawa hanya Islam ...