Merokok Itu Bagus !!! Ia Boleh Mendatangkan Ilham Dan Idea Kepada Kita ....
DARI BLOG MARIAFIRDAUS Assalamualaikum, Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Bertemu Sahabat Lama Baru baru ini, saya berjumpa dengan beberapa sahabat lama saya. Mereka semua kawan saya di sekolah rendah dahulu. Semasa bersembang di kedai makan, kawan saya A menyalakan lighter beliau. Beliau duduk disebelah kiri saya. Saya rasa beliau tahu kot saya tak suka bau asap rokok. So, beliau pun pegang rokok dengan tangan kiri agar ia jauh daripada saya. Ada sikit sikit angin yang datang ke saya, saya terbau jugalah asap rokok tu sikit. Saya cover la sikit sikit hidung saya dengan tangan. Tak nak sedut asap tu. Pendek kata, ok la.. Ada angin yang menolak asap tu menjauhi saya. Asap rokok yang dilepaskan boleh membahayakan kesihatan orang lain. Tidak lama selepas itu, rakan disebelah kanan saya pula yang hisap rokok....