Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - ISU HUDUD

Akhirnya Kemungkinan Hudud Ditangguhkan Semakin Jelas.....

Ada dua pandangan mengenai isu perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Yang pertama mengenai keupayaan (atau kelicikan) Tuan Guru Dato' Nik Aziz selama 23 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan. Sepanjang lebih dua dekad, isu hudud ini kekal tergantung tanpa ada penyelesaian. Ada ura-ura dan 'acah-acah' tetapi setiap kali ianya digemakan, akan ada 'tangan ghaib' yang menekan lubang isu itu agar tidak terus terbuka. Akhirnya isu hudud kembali dilupakan.   Pandangan kedua ialah bagaimana 'hebatnya' Menteri Besar Kelantan yang baru setahun memikul tugas sudah 'berjaya' mengheret isu ini menuju 'pintu' parlimen Malaysia. Kata mereka yang menyokong Dato' Ahmad Yaakop, "Ini semua terjadi hasil kesungguhan dan kepintaran Ustaz Mad selaku MB yang berwibawa. Bukan mudah mengajak UMNO ikut serta menyokong hudud!" Nasihat Pak Lang kepada PAS ialah buatlah fasa khas mendidik ahli PAS menghayati sembahyang. Janganlah nanti bila hudu...

Polemik 'Pembentangan Hudud' Di Parlimen - Potensi Gugat Pakatan Rakyat?

Imej
Apa yang diperkatakan ramai pihak mengenai isu hudud ialah siapa yang untung dan pihak mana pula yang rugi. Ianya isu politik walaupun hukum hudud itu jelas dari Allah swt seperti yang terkandung di dalam Al-Quran. Hudud menjadi isu politik kerana kesan dari isu ini ialah terhadap keuntungan politik setiap yang berkepentingan.  Dalam hal ini, golongan yang 'ikhlas' mahu terus menegakkan hukum Allah di atas muka bumi -di dalam PAS akan melakukan apa saja asalkan rang undang-undangnya dapat dibentangkan di Parlimen. Soal siapa menyokong, siapa yang tidak persoalan kedua. Dari segi tanggungjawab - berusaha melaksanakan amanah Allah dikira sudah terlepas. Golongan ini tidak melihat isu ini dari sudut lain.  Kelompok yang lain pula di dalam PAS melihat dari segi bagaimana isu ini berpotensi memecah-belahkan gabungan pembangkang di dalam Pakatan Rakyat. DAP yang secara terang-terang melalui tokoh-tokoh pentingnya sudah menyatakan pendirian mereka tidak akan sama sekali mem...

Wawancara Harakah Dengan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa Mengenai Polemik HUDUD

Imej
Cara 'memperundangkan' hudud dari segi syariah NYZA AYOB | 05 Mei 2014. Pelaksanaan undang-undang hudud menimbulkan pelbagai polemik apabila Kelantan yang menjadi negeri pertama yang akan melaksanakannya selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan diluluskan. Wartawan Harakah, NYZA AYOB mendapatkan kupasan lanjut isu ini bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa. Ikuti wawancara bersama beliau yang diadakan pada 28 April lalu. HARAKAH: Apakah halangan yang dihadapi Kelantan dalam melaksanakan undang-undang hudud ini? DATO’ DR MUJAHID: Sejak 1993 apabila kerajaan Kelantan mula memperkenalkan Kanun Jenayah Syariah, Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa yang berperanan memberi aspek penerangan kepada orang ramai tentang bagaimana hendak ‘memperundangkan’ ia melalui falsafah hudud daripada segi syariah secara menyeluruh dan sebagainya . Jadi jawatankuasa itu setiap tahun berseminar mengenai hudud di Kelantan dan dijemput kel...

Teguran Kepada Datuk Mahfuz Omar

Imej
Pak Lang ingin mengulas sedikit mengenai cabaran Datuk Mahfuz Omar - Ketua Penerangan PAS terhadap UMNO dalam isu hudud. Beliau mencabar UMNO sebagai 'pondan' jika tidak turut menyokong pembentangan rang undang-undang hudud oleh PAS di Parlimen. Pada Pak Lang janganlah guna perkataan yang menghina orang bila kita mahu berbuat sesuatu yang mulia!! Walaubagaiman pun, sebagai orang lama dalam politik, Datuk Mahfuz tentu sedang melakukan percaturan politiknya berhubung isu ini. Kita akan lihat nanti jerat politik pihak manakah yang akan mengena. Kita tahu cabaran mengatakan UMNO pondan itu adalah cabaran politik. Ianya jauh dari hasrat untuk menegakkan hukum hudud itu sendiri.  Ini semua hanya wayang politik. Isu hudud akan berfungsi menaikkan sokongan rakyat terhadap PAS dan membenci UMNO jika UMNO menentangnya. Sekarang suara UMNO hampir senada dengan PAS. Inilah yang mencemaskan orang cerdik pandai politik dalam PAS. Ahli PAS yang lurus bendul akan bertakbir keserono...