Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel GEJALA SOSIAL

Apa Sudah Jadi? Ustazah Parah Ditikam, Dikelar Anak Sendiri

KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah agama cedera parah ditikam oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Rejang, Setapak di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Khariah Hashim, 49, yang merupakan guru wanita Sekolah Rendah Agama Al Amin di sini, ditemui terbaring di lantai tingkat bawah rumah dalam keadaan berlumuran darah. Mangsa yang cedera parah dengan kesan tikaman di bahagian perut selain kesan kelar di dahi, ditemui oleh dua lagi anak lelakinya yang baharu pulang dari taman permainan berhampiran. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata menurut mangsa, anaknya yang berusia 21 tahun telah menikam dan mencederakannya. “Seorang lagi saksi iaitu anak lelaki mangsa berusia 14 tahun yang berada di tempat kejadian ketika insiden, menyatakan bahawa dia nampak suspek menikam mangsa,” katanya di sini, hari ini. “Polis turut menemui sebilah pisau beruku...

Kisah Benar Bagaimana Lelaki Nigeria Menipu Gadis Tempatan

Imej
Kisah ini diambil dari blog Mazidul Akmal Sidek . Mazidul sekarang masih dalam rawatan. Beliau sebelum ini pernah menemuramah seorang wanita yang diperangkap oleh lelaki Afrika / Nigeria.. Kisah ini elok dibaca untuk renungan agar jangan terjebak. Sekali jatuh hati pada seseorang - walaupun orang itu penyamun, hidup jadi rosak.. Ternyata, media sosial boleh menjadi perangkap maut pada siapa sahaja.  Lelaki Afrika ramai di tanah air kita sekarang. Mereka mendaftar sebagai pelajar universiti hanya untuk mendapatkan visa. Mungkin hanya rekaan mereka. Bukan kolej sebenar tetapi mereka boleh tiru macam-macam dokumen. Dapat saja visa - bermaharaja lelalah mereka.  Kerja mereka cari rakyat tempatan. Kehidupan mereka mewah hasil duit tipuan..!! Kisah yang diceritakan Mazidul ini seperti berikut: Saya berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, 'Jun' melalui telefon awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai Jun meluahkan perasannya dari hati tulus ...

Berhati-hati!! Kamera Tertutup Di Tandas Bilik Hotel

Imej
Berhati-hati apabila anda menginap di hotel,kerana pada zaman serba canggih ini pelbagai bentuk kamera tersembunyi tersedia untuk merakam aktiviti anda. Pastikan bilik hotel yang disewa bebas dari peralatan sebegini, terutamanya kepada kaum wanita. Kamera berbentuk suis lampu Kamera dengan perakam video digital berbentuk pengesan asap (Smoke Detector Hidden Camera With DVR) Kecuaian anda dalam memastikan suasana yang bebas dari anasir skodeng ini akan menyebabkan aktiviti anda dalam bilik hotel mungkin tersebar ke seluruh dunia dengan teknologi yang ada sekarang. Jadi berhati-hatilah selalu...

Rahsia Menyelesai Gejala Sosial Dalam Masyarakat.

Imej
Dalam kehidupan seharian, manusia pasti menempuh berbagai ujian, cabaran dan masalah. Itu adalah lumrah kejadian insan. Tuhan jadikan kejadian alam ini saling kait-mengait, saling ada hubungan. Adakalanya hubungan sesama makhluk ciptaan Tuhan ini dalam bentuk sokong menyokong, bekerjasama dan saling membantu. Ada ketikanya, wujud pula konflik, pertentangan, perebutan, kalah mengalahkan, hancur menghancurkan. Air bah menghancurkan apa sahaja. Api membakar memusnah bangunan, tumbuhan, binatang dan harta benda. Binatang pula yang kuat memakan yang lemah. Haiwan, unggas dan serangga hidup atas keupayaan menguasai sesamanya. Hanya manusia yang Tuhan jadikan kehidupannya istimewa. Setiap yang bernama manusia - atas nama agama apa sekalipun, pasti mempunyai fitrah semula jadi yang tersendiri. Dengan akal fikiran anugerah Tuhan, fitrah manusia cenderong menjaga maslahat dirinya, keluarganya dan masyarakatnya. Walaupun begitu, fitrah yang baik itu tidak mampu memandu manusia untuk mencapai...

Kes Remaja Lari Dari Rumah Kian Membimbangkan!!

Imej
Banyaknya jumlah universiti di negara kita menunjukkan ramainya tenaga pakar di bidang pendidikan di dalam masyarakat kita. Kelompok ini bertaraf doktor fasafah dan profesor. Semua pensyarah universiti wajiblah belajar tentang saikologi, teori-teori pendidikan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Itulah kemahiran asas yang perlu ada di dalam diri seseorang pensyarah universiti - walau dianya pensyarah dalam bidang apa sekalipun.  Ertinya untuk berdepan dengan pelajar universiti, seseorang itu mesti faham tentang manusia terlebih dahulu.  Tentulah banyak ilmu dan kajian mereka tentang manusia. Apa juga bidang yang dikhususkan untuk mereka mengajarnya - dari sudut teknikal (Kejuruteraan, Teknologi, Pentadbiran, Kewangan dan lain-lain), mestilah berpaksikan keupayaan mereka memahami 'manusia' yang dihadapan mereka.  Mereka dianggap pakar tentang manusia kerana tanpa kepakaran khusus ini, tidak mungkin mereka mampu menyampaikan dan memahamkan para pelajar. Itulah r...