Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FADHILAT JUMAAT

6 Kelebihan Hari Jumaat

Imej
1. Berlakunya Hari Qiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” 2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Dikeluarkan Dari Syurga. Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.” 3. Penghulu Segala Hari. Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat is...