GISB HOLDINGS SDN BHD Giat Melatih Remaja Mahir Tentang Kuda
GISB HOLDINGS Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat korporat yang memberi peluang anak-anak stafnya menceburi bidang sukan berkuda. Sepertimana termaklum, sukan berkuda merupakan sukan yang termahal untuk diteroka dan dikendalikan. Harga seekor kuda yang mencecah puluhan atau ratusan ribu bahkan jutaan ringgit menjadikan sukan ini begitu eksklusif di kalangan penggemarnya. Apa yang menarik, di sebalik kekangan yang pelbagai, GISB HOLDINGS Sdn Bhd telah berjaya mewujudkan 'stable kuda' atau pusat rekreasi berkuda di merata tempat di dunia ini. Hebat bukan? Antara lokasinya ialah di Kg Pochan, Jitra, Kedah, di Kg Bt Hampar, Perak, di Kg Gong Kulim, Kelantan, di Pekan Baru, Indonesia, di Perth, Australia, di Jerash, Jordan, di Arab Saudi dan di Kaherah, Mesir. Jumlah semua kuda GISB HOLDINGS Sdn Bhd di semua tempat ini melebihi 50 ekor dengan nilai lebih dari RM5juta. Sukan berkuda adalah sukan yang digalakkan oleh Baginda Nabi SAW. Ianya sunnah yang sangat diberi ...