90% Minyak Masak Di Pasaran Adalah Produk Kitar Semula - Bercampur Yang Digunakan Restoran Bukan Islam
90% MINYAK MASAK DI PASARAN ADALAH MINYAK KITAR SEMULA KUALA LUMPUR 30 Okt. - Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan. Perkara itu didedahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang sekali gus mendesak kerajaan memandangkan serius isu terbabit kerana boleh menjejaskan kesihatan pengguna. Malah, menurut beliau, aktiviti kutipan, penghasilan dan jualan minyak masak terpakai telah lama berlaku di negara ini serta merupakan satu industri yang besar. Lebih mengejutkan lagi, sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket. “Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, hasil soal selidik yang dijalankan aktivis PPIM melibatkan kira-kira 70 buah restoran dan gerai...